Saturday, April 3, 2010

Kembara Meneroka Keindahan Bandaraya Kuching (part 3)

Hari ke-3 di Kuching, agenda banyak bercelaru..


agenda pada mulanya untuk ke Semenggoh -->Serian---> hantar Ejot ke kolej--->sekitar muzium2 di Kuching, terpaksa diubah ke Serikin (konon2 nak tengok jugak kilang pasu, tapi hampeh..tak jumpa lansung!!!)...dah buang masa sejam lebih memnadu saja...



kami terus ke Serian (nasib baik tak susah sangat nak cari jalan sebab jalan ke Serian = jalan ke Airport). jumpa juga akhirnya kilang pasu di Batu 4. Walaupun tak jumpa pasu yang aku idam2 kan untuk buat buahtangan kat kawan2 ofis, dapat jugak aku cari yang sepesen jugak...tak sampai RM100 pun aku borong.



niat di hati nak lajak ke Batu 7 tetapi memandangkan Ejot nak bersiap ke kolej, aku lupakan saja niat tu...takper, ada rezeki, sampai jugak kat sana nanti, InsyaALLAH. Kami balik ke hotel. kawan Ejot sempat tidor sekejap....nampak sangat letihnya.

kami kembali ke Satok, makan tengahari di Singapore Chicken Rice sebelum aku menghantar Ejot ke kolej dan kawannya ke rumah sewa. sementara aku menunggu Ejot habis kelas, aku saja-saja buang masa pegi tengok Muzium Kucing. Nunnnn, jauh kat atas puncak bukit. Menggigil jugak aku nak naik dengan keadaan hujan lebat dan bukit yang tinggi naaahhaaaihhh...

takder apa yang menarik sangat pun (...ini pandangan peribadi aku la..harap jangan ada yang sentappp) mungkin sebab Ejot takder or sebab takder ramai orang sangat...yelah, aku p petang, hari biasa pulak tu...cuba time cuti...lagipon boring sebab takder saper yang boleh snap gambar aku ngan kucing2 tu...huhuhu (-.-)'

memandangkan muzium dah nak tutup pukul 4.45 petang sedangkan kelas Ejot habis pukul 6 petang, aku decide turun balik ke Waterfront. Jalan sorang-sorang memang tak syok sangat. aku borong kuih Tebaloi, lada hitam n apa lagi ntah...tapi tak sampai Rm50 pun...tengok jam dh pukul 5.30 ptg. Cepat2 aku g amik keta yang aku park kat hotel. aku bajet memang dan sampai la kat kolej koz bukan jauh sangat...

nahhaihhh...gile jammed kat Satok!!!! terkemut-kemut aku drive Myvi neh...ada dekat 15minit aku sangkut kat situ. aku ingat dah setel, skali kat roundbout utama jammed lagi!!! Siap ada polis trafik jaga...gila!



memang janganla keluar sama waktu ngan time orang kerja or time budak sekolah keluar...huhuhuhu lastly, aku amik Ejot tepat pukul 6.15 petang...

malam tu, tanpa rancang, kawan-kawan Ejot ajak aku pergi The Spring (TS). ingat nak layan midnite muviee...plak tu sempena bufday housemate Ejot. maklumla malam dan kami pun pakat tak berapa cam jalan (walhal, siang tadi masa OTW g Serian, memang kami lalu kat TS), sesat jugaklah kami sampai 3-4 kali pusing bandaraya Kuching ni...hampir putus asa, tetapi Allah masih bagi kesempatan untuk kami melihat n jalan-jalan kat TS. Akhirnya jumpa jugak. Yuhuuuu!!!




Alahai, sampai je kat sana, baru tahu takder midnite sebab mungkin bukan weekend. nak p karaoke pon, kedai tu dah nak tutup stengah jam lagi...frust2x...huhu last2 kami sume bantai bergambar kat area TS tu je...


huhu balik hotel terus tukar baju n cuci muka segala macam. hajat nak mengemas beg dan barang2 tertangguh sebab penat n ngantuk sangat. No chatting, no gossiping...Ejot yang susah tido pun, tido lagi awal dr aku...