Saturday, June 18, 2011

Aku & Jimat Cermat

Assalamualaikum wbt.
N3 kali ni berkisar dengan perangai aku yang no.2 buruk...(huhu, no 1 buruk xleh reveal lagik...hihi)

Perangai aku yang no 2 buruk ialah B O R O S

Memang aku suka berbelanja. Sapa yang tak suka, angkat tangan...huhuhu. Bak sini duit tu, biar aku tunjuk cmne nak guna...hihi

Aku ni kalau duit penuh dalam dompet tu, ada sajala yang aku nak capai. Itulah, inilah...semua aku nak beli. Konon-konon dah penat sebulan keja, jadi ni lah masa nak membeli barang, dan membelah poket sendiri...aduh!






Masa beli tak hengat donia... dah masuk minggu kedua after payroll, baru la nak jimat itu ini. huh, teruk kan? Nasib baik sekarang ni keje dekat2 umah. Jadi save la cket duit minyak kereta. Kalaun dulu, full tank cukup2 je seminggu. Which means, bajet minyak keta seminggu adalah plus never minus RM 60-70. Kalau 1 bulan yang bermakna 4 minggu? Suku gaji tu, noks!

Makan pun murah cket skrg ni. Xdelah murah sangat, tapi xjugak mahal sangat macam kat tempat keje lama. Maklumlah, skrg keje ngan bebudak, jadi harga makan pun ikot kemampuan budak. Dulu keje kat opis besar. Orang pon besar2. Of course kos makanan pun besar2...huhuhu

Sekarang keje kat kawasan kecik, jadi elaun pun makin kecik. Tapi nafsu berbelanja xpernah kecik. Heran betul aku. Ada saja duit nak guna. Ni aku bley lupa plak yang keta dah 5 bulan xservis. adui! dulu keje jauh, so very alert dengan meter kat keta tu. skrg keje sangat dekat, nak cecah 1000km pun makan 3-4bulan. tu yang buat aku lupa.

duit...duit...duit

memang ber'hantu' la duit ni.

Umur dah makin meningkat, tapi saving xdela sangat. Apa nak jadi la aku ni? huhu InsyaALLAH, aku dalam proses untuk menjadi seseorang yang lebih berjimat. Bukan sebab nak kawen, tp aku rasa aku dah patut belajar dan train diri aku untuk menabung demi masa depan. Sakit pening ni, bukan boleh duga kan? Sekurang-kurangnya sediakan payung sebelum hujan. Ye tak?


* sediakan payung sebelum hujan *

*Kene beringat pasal sakit demam ni ~pesan mak~ *

Ya, ALLAH...bantulah aku. Permudahkan lah aku untuk berubah menjadi hambaMu yang lebih berjimat cermat dan berhemat dalam berbelanja. Semoga rezeki yang Engkau berikan ini adalah rezeki yang diberkati malah dirahmati untuk aku sekeluarga.

Amin.

** Setiap gambar adalah ihsan inche Google





Friday, June 17, 2011

Aku & Lagu

Assalamualaikum wbt

Malam2 cmni, melayan lagu-lagu nostalgia seperti Suratan atau Kebetulan, Hitam Putih Kehidupan dan Epilog Cinta dari Bromley membawa ingatanku kepada seseorang. Sebenarnya aku layan lagu ni sebab nak layan perasaan melewati kerenah kehidupan yg sedang ku lalui tatkala ini. Tapi ntah mcm mana plak bley teringat kat seseorang.

Suratan atau Kebetulan

Lagu yang sangat cantik melodinya. Kata-katanya juga cantik. Pernah juga aku terfikir, apalah reaksinya kalau bertemu seseorang yang telah lama xbertemu, then kita bertemu semula dalam satu suasana yang tak terduga? macam menarik kan? kena pulak yang kita jumpa tu adalah dia yang pernah mencuit rasa hati kita, kan? Dan2 plak dia tu solo, kita pun solo...alahai, indahnya dunia kalau bahagia tu bertemu...tapi kalau masing2 dah berpunya, maknanya cerita lama tu, sila simpan dalam peti harta karun, ya...hanyutkan jauh2 ke Lautan Hindi...

Hitam Putih Kehidupan

Lagu ni macam memberi semangat. Buat kita berfikir yang apa-apapun yang akan terjadi di masa hadapan, kitalah yang mencorakkannya dengan izin ALLAH SWT. sesungguhnya semua orang ada peluang untuk berjaya atau gagal. Jatuh bangun kita dalam hidup ni bergantung pada usaha kita melalui ujian ALLAH yang bergelar kehidupan. Mana ada kejayaan datang bergolek? Tapi tentu saja ada kegagalan kalau kita biarkan peluang keemasan berlalu begitu saja. Sesungguhnya hidup itu terlalu singkat untuk dipersiakan.

Epilog Cinta Dari Bromley

Awal-awal lagu lagi aku bagai terlena dengan gesekan violin (..betul ke violin..ke violin cina tu?sorila kalau tersilap ya). Lagu ni memang menggetar sukma dengan suara gemersik dan merdu Suhaimi Meor Hassan. Lagu ni menceritakan penolakan cinta, tetapi secara sopan dan terhormat. Lagu cinta yang tak kesampaian. Kasih tumpah pada si dia yang xmampu nak menerimanya. Sungguh, sedih bila cinta tak bertemu bahagia dengan orang yang kita cintai. Bukan mudah membuang harapan dan rasa kasih tak berbalas. Silap-silap, kita pun dah tak mampu nak buka pintu hati pada insan lain mengenangkan kasih yang begitu tebal kepada si dia. Dan kita akhirnya membawa lara sendirian biarpun senyuman dan gelak tawa tu menemani kehidupan seharian namun hakikatnya, jiwa kita rasa kosong tapi tak tau macam mana nak di isi dengan kasih insan bergelar 'ehem-ehem'...(adeh, mood jiwang la plak..hihihi)

Apa-apa pun, sebenarnya, lagu hanya untuk melayan perasaan tapi jangan keterlaluan sehingga mengabaikan tuntutan hidup kita seharian. Aku suka mendendangkan atau melayani lagu yang menggambarkan perasaan dan pemikiran aku kala itu. Tapi ada jugak sesetengah lagu tu memang aku minat sampai bila-bila masa pun aku dengar. Selalunya aku boleh minat sesuatu lagu tu sebab liriknya. melodi jatuh nombor dua. Adakala aku suka melodinya, tapi bila liriknya xkena dengan jiwa, aku takat boleh dengar cmtu je la...pape pon, lagu tu, lagu jugak. Jangan sampai melekakan, ya? (^_^)

InsyaALLAH...


Friday, June 10, 2011

Kisah Cekodok

Assalamualaikum WBT

Tetibe teringat nak stori pasal cekodok pisang ni.

Hari tu, p majlis tunang member baek, Siti Intan Diyana. Tetibe tersembang ngan Opahnya pasal cekodok pisang yang adik Intan buat sebelum ni.

Cekodoknya bulat-bulat saja. Comel. Rangup. Dan ringan. Best.


Aku ingat ianya sembang-sembang biasa je.

'Hari tu Farah (adik Intan) buat cekodok. Opah teringat kat ira,' wah, haruskah aku menangis? hehe mesti masa makan cekodok tu, aku selera sangat sampai Opah boleh ingat. Hahahaha..malu3

' Ye ke, Pah? Takpe, lepas ni kalau Farah buat lagi, Opah bagitau je kat saya. Berdesup saya mai makan nanti,' Sumpah, aku gurau je.

Ahad tu, masa minit terakhir di opis, aku dapat call dari Intan. Risau jugak aku kenapa dia call. almaklumlah, dia xpenah call aku time nak balik opis. Aku debar jugak nak menjawab call dia. mana la tau ada apa2 ke.

'weh, sat g balik singgah umah aku sat,' intan cakap. aku dh cuak. asal plak kena p umah dia ni?

' opah aku soh ang mai. Farah wat cekodok,' perghhhh...gila ngeri aku dengar alasan dia. hahahahahah....

Aku singgah rumah intan balik keja tu. memang cekodok dah siap menanti dengan seteko kopi panas. aduhh, aku kene habeskan sorang2 ke cekodok yang menimbun dalam pinggan tu? hahaha

Sungguh aku xdaya nak menghabiskannya. (Dulu habes sbb aku, intan n tijah (adik intan yg bongsu) berlumba makan).

Sebelum balik tu, mak intan plak suruh aku makan nasik. dah siap hidang pun. aku??? waaaaahhhh, rasa cam nak tercekik pon ada. Makcik, saya kenyang sungguh ni. Hahahaha

Memandangkan mak intan dah siap hidang, aku jamah jugakla.

Balik tu, memang aku kekenyangan sungguh...tgk nasik pon dah xlalu...hihihi

Time kaseh daun keladi ya Cik Intan Diyana & keluarga sbb jamu saya. Syukur alhamdulillah.

* sumber gambar : http://sajiankaseh.blogspot.com/2008/08/cekodok-pisang.html *


Family + Kerja + Perhubungan + Masalah = H.I.D.U.P


Bismillahhirahmanirrahhim

Hidup xpenah lelah dari ujianNya.

Setiap manusia yang bergelar hambaNya itu sentiasa diuji.

Ada masalah keluarga.

Ada masalah kerja.

Ada masalah perhubungan.

Siapa yang hidup tanpa masalah?

ALLAH menguji ada sebabnya

ALLAH tak akan mensia-siakan usaha hambaNya

itu yang paling aku yakin

Aku percaya pada Qada' dan Qadar ALLAH...(InsyaALLAH, mohon ALLAH tetapkan hatiku)

Setiap apa yang ALLAH rencanakkan, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Aku mohon ALLAH berikan aku dan kita semua hikmah dari ujian-ujianNya

Amin.


* gambar ihsan dr inche Google *


Hanya pada ALLAH tempat kita mohon pertolongan dan perlindungan. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Memberi dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu.