Monday, August 27, 2012

Rasa Yang Lambat

tahun 2012.

tahun ni bermula dengan cukup baik.

hubungan sesama manusia sekeliling bertambah baik, jadi emosi memang positif. Alhamdulillah.

setelah sekian lama aku menanti, akhirnya sampai juga peluang untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

kembali bergelar pelajar, aku akui adakalanya ia saat yang menyeronokkan, tapi pada masa yang sama, aku rasa kekosongan jugak sbb selalunya aku akan sibuk dengan kerja-kerja yang aku minati dalam dunia kerjaku. tapi sekarang, aku hanya bergelumang dengan buku, assignment, presentation dan segala macam quizes & test....

tension jugak sbb dah lama tak diselubungi rasa gementar menghadapi final exam setiapp hujung semester. membilang hari bila paper nak habis dan kelam kabut menghabiskan ulangkaji untuk setiap subjek. sah! memang sakit jiwa, sakit otak nak hadapi 4 semester lagi!

tapi aku tak boleh merungut. ini jalan aku pilih. ALLAH dah izinkan aku untuk menikmati rezeki ni, seharusnya aku bersyukur sebab dapat peluang ni. Astargfirullahalazim...


bulan puasa kali ni rasa macam lambat sangat berlalu. tapi semua orang kata cepat. aku tahu sebab apa aku rasa lambat. sebab sepanjang puasa ni, aku tengah bercuti semester. so, takde apa yang aku buat. kalau sebelum ni, aku sibuk kat opis sampailah esok nak raya aku still ada kat opis, tapi tahun ni aku duduk saja kat rumah. lambat sungguh masa berlalu bila takde apa yg kita buat kan?

tiba-tiba aku rindu pula dengan suasana pejabat.

oh, jangan rindu-rindu.

dua tahun tu tak lama mana.

tau-tau nanti, aku dah kembali sibuk dengan kerja.

masa tu nanti baru terhegeh-hegeh nak berehat macam sekarang ni. hahhahaha

lagi 2 minggu dah nak masuk stdy balik.

Mintak2 ALLAH permudahkan urusan pengajianku. Temukan aku dengan sahabat sejati yang dapat membantu dan menemani aku dalam perjuangan ni.

Amin.

Thursday, November 17, 2011

Secoret Kenangan Seribu Rasa

Assalamualaikum...

Rasanya bagai sedikit lewat untuk mengupdate story ni...

sesungguhnya benar, sebuah PERTEMUAN itu pasti TEWAS dengan sebuah PERPISAHAN

Namun, alangkah MANISnya sebuah PERTEMUAN selepas PERPISAHAN bertahun lamanya...

itulah yang aku, mungkin juga 'mereka' rasakan...


Pertemuan semula ini bagaikan mengimbas kembali setiap warna-warna gemilang dan cemerlang yang pernah dilakarkan di kanvas sekolah rendah...

~ Kelas 6 Hijau Sek Rendah Kerajaan Orang Kaya Mohammad, Bintulu ~

13 belas tahun...bukan satu tempoh yang singkat untuk sebuah perpisahan anak remaja...

13 tahun dahulu, kami bersama

13 tahun dahulu, kami berpisah

13 tahun kini, kami bertemu

Doaku, agar kami semua akan terus kekal berhubung...semoga ukhwah ini akan terus terjalin...
Terima Kasih atas nikmatMu, ya ALLAH...

Thursday, October 27, 2011

ISLAM DAN IMAN: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH S.W.T

ISLAM DAN IMAN: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH S.W.T: Setiap insan hendaklah bersangka baik dengan Allah S.W.T. Meyakini bahawa Allah S.W.T sentiasa melimpah ruahkan rahmat-Nya. Mendampingkan d...