Monday, November 29, 2010
susahkah menjadi telus???
kenapa asyik nak jd hipokrit?
perlukah jd hipokrit semata-mata nak orang suka kita? xpedih ke telinga kalau dengar caci maki di belakang?
susah ke nak menegakkan sesuatu yang berhak?
kenapa nak menafikan sesuatu yg mutlak?
kalau itu hakiki, kenapa harus diselindungkan?
oh, hati...saya perlu kuat demi maruah dan harga diri
saya perlu tegas demi etika dan amanah yang saya pertahankan
ya, ALLAH...bantulah saya demi mempertahankan yang berhak...
Thursday, November 25, 2010
demam Nasi Kenduri
agenda biasa yang tak pernah berubah bila tiba musim cuti sekolah ni;
a) angkut 'bala tentera' p bercuti
b) kenduri kawen
haaaa, bab cuti tu memang seronok...ye la, tengok tempat orang....tidoq ataaih katey yg empuk tanpa perlu kemas pagi tu...(ye la...housekeeping buatkan)...jalan-jalan, shopink2...best la...cuma siap duit ja...hahahahaha
N3 ni nak story mood kenduri kawen
seronok tgk kwn2 yg snap gambaq kawen...
rasa memang mood RAJA SEHARI sungguh!
tibe2 pk; best kan kalo kawen...bley amik gambaq best, try baju lip lap, make up...segala bagai...
tapi cepat2 kena sedaq diri balik;
i) nak kawen, duit dah ada ka?
ii) nak kawen, dah sedia mental n fizikal ka?
iii) yang paling penting; nak kawen, dah ada calon yang sesuai ka?
dan yang paling xbestnya....semua jawapan aku adalah 'TIADA'
huhuhuhu.....
** bila tgk gaya aku keje skunk ni, yang boleh kata xpenah fail bawak balik keja ke rumah n tido bila jam dah tunjuk angka 1-2 AM....mak aku kata, teruk kalo terus cmni...cmne nak jaga FAMILY?
so, harus bagaimana lagi?
Wednesday, October 27, 2010
AdrenaLin terCabar!
perghhh...setiap hari, cabaran makin menguji....
kecekalan tercabar
keletihan mencapai puncak...
namun, inilah yang aku cari
-kesibukan sebuah dunia kerjaya-
mencabar dan tercabar
menyerap segala halangan
menyempurnakan misi dan objektif
dan menjadikan ia pengalaman paling bererti..
sesungguhnya, ilmu itu datang melalui ujian
dan menghadapi setiap liku ujian itu benar-benar menguji ADRENALIN!!!!
Saturday, October 9, 2010
bertemu & berpisah
Sebuah pertemuan itu pasti tewas oleh sebuah perpisahan....
Pertemuan itu adakalanya bermula dengan sekadar senyuman...pertelingkahan...tanpa suara... namun itu tidak bererti persahabatan tidak terjalin....
21 Disember 2008, tarikh keramat aku menjejak kaki ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah...menjadi warga organisasi yang hebat ini...bersama 4 lagi sahabat, kami memulakan tugas di Jabatan ini....
Sungguh, tempoh 1 tahun 10 bulan sehingga 7 Oktober 2010, aku belajar secebis erti kehidupan berkerjaya di sini...belajar jatuh dan bangun...belajar utk memberi dan menerima
Sesungguhnya, aku masih mentah dan masih perlu menuntut segala ilmu....akulah insan yang serba kekurangan...
Biarpun mulut lantang berbicara
Biarpun lidah pantas berkata-kata
Di sudut yang jauh, aku tetap insan yang memerlukan tunjuk ajar
Aku masih lagi si rabun yang memerlukan tongkat dan cahaya menunjuk arah
Pada kamu yang sudi memahami dan menemani, terima kasih aku ucapkan
Tiada kata yang mampu aku coretkan utk menggambarkan betapa berat rasa di hati utk melangkah pergi...
Kepergianku adalah utk masa depan yg lebih baik
Doakan agar kita beroleh berkat dan rahmat dariNya Yang Maha Esa...
Pada yang pernah tersentuh, terluka, terasa dengan segala khilaf insan naif ini
Aku mohon ampun dan maaf dari lubuk hati yang paling dalam
Mengharapkan kemaafan dr dendam yang terindah....
Monday, July 12, 2010
World Cup 2010 - South Africa
Kejohanan Bola Sepak yang dinanti-nantikan telahpun melabuhkan tirainya dengan menjulang Sepanyol sebagai juara untuk edisi 2010. Fuh! Berakhir 1 fenomena yang benar2 membuatkan peminat bola sepak tunggang-langgang selama sebulan...
aku ni bukanlah peminat fanatik sangat pon...setakat angin lalu je...tapi aku tetap ada pasukan yang aku minat iaitu : GERMANY...huhuaku start minat Jerman ni sejak aku tengok diorang punya match ngan Korea tahun 2002 dulu...fulammak, cekap n kencang gaya permainan diorang neh...
WC 2006--------aku tengah study, so mmg xlayan tv sangat------
WC kali ni pon kebetulan ja aku sempat luangkan masa. hehehe....@least cukup untuk aku mengenali 1-2 bintang baru Jerman yang bakal aku minati...heheheh

Kelincahan dan kepantasan serta semangat juang para pemain pasukan Jerman betul2 mengagumkan. setiap hantaran dapat dibaca dan disempurnakan dengan pantas dan mudah. bagaikan mengerti. seia dan sekata.
* Paul the Octopus - menjadi mangsa kecaman seluruh peminat Jerman (termasuklah yg menulis ni) bila menjangkakan Sepanyol akan kalahkan Jerman...,huh!*walau apa pon yang terjadi, Jerman tetap akan menjadi pasukan pilihan aku untuk WC 2014 di Brazil nnt ^_^
Kira Kalori Makanan Kita
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori: Minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping =58 kal

