Saturday, December 11, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Mendung - Hujan - Ribut?
Kalau nak di ingatt2, xpernah kot aku menjadi faktor pencetus isu2 panas berapi di opis...isu suam2 kuku ayam tu, mungkinlah...semua pon ada kan? mengumpat, xpuas hati...perkara biasa la kan?
tp isu 'panas' berapi ni tercetus oleh sebab tindakan seseorang yang sepatutnya menjadi pemimpin tetapi lebih mengutamakan perasaan khianatnya!!! sungguh aku xsangka aku akan bekerja dengan seseorang yang memang menanam tebu di bibir tapi penuh duri luka dalam lidahnya...bertuankan iblis dalam hati, berajakan hasad dengki dan khianat di otaknya yang sepatutnya diguna untuk berfikiran secara waras.
ya, ALLAH...pinjamkan aku kesabaran dan kekuatan dalam menempuh dugaan ini....semoga masih ada sinar untuk aku menjalin bahagia....
Monday, November 29, 2010
susahkah menjadi telus???
kenapa asyik nak jd hipokrit?
perlukah jd hipokrit semata-mata nak orang suka kita? xpedih ke telinga kalau dengar caci maki di belakang?
susah ke nak menegakkan sesuatu yang berhak?
kenapa nak menafikan sesuatu yg mutlak?
kalau itu hakiki, kenapa harus diselindungkan?
oh, hati...saya perlu kuat demi maruah dan harga diri
saya perlu tegas demi etika dan amanah yang saya pertahankan
ya, ALLAH...bantulah saya demi mempertahankan yang berhak...
Thursday, November 25, 2010
demam Nasi Kenduri
agenda biasa yang tak pernah berubah bila tiba musim cuti sekolah ni;
a) angkut 'bala tentera' p bercuti
b) kenduri kawen
haaaa, bab cuti tu memang seronok...ye la, tengok tempat orang....tidoq ataaih katey yg empuk tanpa perlu kemas pagi tu...(ye la...housekeeping buatkan)...jalan-jalan, shopink2...best la...cuma siap duit ja...hahahahaha
N3 ni nak story mood kenduri kawen
seronok tgk kwn2 yg snap gambaq kawen...
rasa memang mood RAJA SEHARI sungguh!
tibe2 pk; best kan kalo kawen...bley amik gambaq best, try baju lip lap, make up...segala bagai...
tapi cepat2 kena sedaq diri balik;
i) nak kawen, duit dah ada ka?
ii) nak kawen, dah sedia mental n fizikal ka?
iii) yang paling penting; nak kawen, dah ada calon yang sesuai ka?
dan yang paling xbestnya....semua jawapan aku adalah 'TIADA'
huhuhuhu.....
** bila tgk gaya aku keje skunk ni, yang boleh kata xpenah fail bawak balik keja ke rumah n tido bila jam dah tunjuk angka 1-2 AM....mak aku kata, teruk kalo terus cmni...cmne nak jaga FAMILY?
so, harus bagaimana lagi?
Wednesday, October 27, 2010
AdrenaLin terCabar!
perghhh...setiap hari, cabaran makin menguji....
kecekalan tercabar
keletihan mencapai puncak...
namun, inilah yang aku cari
-kesibukan sebuah dunia kerjaya-
mencabar dan tercabar
menyerap segala halangan
menyempurnakan misi dan objektif
dan menjadikan ia pengalaman paling bererti..
sesungguhnya, ilmu itu datang melalui ujian
dan menghadapi setiap liku ujian itu benar-benar menguji ADRENALIN!!!!
Saturday, October 9, 2010
bertemu & berpisah
Sebuah pertemuan itu pasti tewas oleh sebuah perpisahan....
Pertemuan itu adakalanya bermula dengan sekadar senyuman...pertelingkahan...tanpa suara... namun itu tidak bererti persahabatan tidak terjalin....
21 Disember 2008, tarikh keramat aku menjejak kaki ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah...menjadi warga organisasi yang hebat ini...bersama 4 lagi sahabat, kami memulakan tugas di Jabatan ini....
Sungguh, tempoh 1 tahun 10 bulan sehingga 7 Oktober 2010, aku belajar secebis erti kehidupan berkerjaya di sini...belajar jatuh dan bangun...belajar utk memberi dan menerima
Sesungguhnya, aku masih mentah dan masih perlu menuntut segala ilmu....akulah insan yang serba kekurangan...
Biarpun mulut lantang berbicara
Biarpun lidah pantas berkata-kata
Di sudut yang jauh, aku tetap insan yang memerlukan tunjuk ajar
Aku masih lagi si rabun yang memerlukan tongkat dan cahaya menunjuk arah
Pada kamu yang sudi memahami dan menemani, terima kasih aku ucapkan
Tiada kata yang mampu aku coretkan utk menggambarkan betapa berat rasa di hati utk melangkah pergi...
Kepergianku adalah utk masa depan yg lebih baik
Doakan agar kita beroleh berkat dan rahmat dariNya Yang Maha Esa...
Pada yang pernah tersentuh, terluka, terasa dengan segala khilaf insan naif ini
Aku mohon ampun dan maaf dari lubuk hati yang paling dalam
Mengharapkan kemaafan dr dendam yang terindah....