Monday, July 12, 2010

World Cup 2010 - South Africa

Kejohanan Bola Sepak yang dinanti-nantikan telahpun melabuhkan tirainya dengan menjulang Sepanyol sebagai juara untuk edisi 2010. Fuh! Berakhir 1 fenomena yang benar2 membuatkan peminat bola sepak tunggang-langgang selama sebulan...

* Sepanyol menjulang piala emas yang menjadi taruhan bagi pesta empat tahun sekali ini *

aku ni bukanlah peminat fanatik sangat pon...setakat angin lalu je...tapi aku tetap ada pasukan yang aku minat iaitu : GERMANY...huhu

aku start minat Jerman ni sejak aku tengok diorang punya match ngan Korea tahun 2002 dulu...fulammak, cekap n kencang gaya permainan diorang neh...

WC 2006--------aku tengah study, so mmg xlayan tv sangat------

WC kali ni pon kebetulan ja aku sempat luangkan masa. hehehe....@least cukup untuk aku mengenali 1-2 bintang baru Jerman yang bakal aku minati...heheheh



* hero pujaan hatiku, Mesut Ozil *

Mesut Ozil (8),22, adalah pemain yang menjadi tumpuan aku...bukan sebab dia satu-satunya pemain beragama islam dalam team Jerman, tetapi kerana sifat dia yg coolio di tengah padang....bukan macam sesetengah pemain yang mudah naik angin atau menunjukkan muka tension...dia cool je...bila tau dia ni muslim n slalu baca ayat2 suci Al-Quran sebelum turun gelanggang, haiyoooo...lagi la aku minat...kiranya dia masih ingat hubungan dia dengan Yang Maha Esa...mintak2 dia akan selalu begitu, Aminn....


* Lukas Podolski yang encemmm...macam muka si kecik 'Firdaus' kat sebelah umah...*

Lukas Podolski(10), 25, turut menarik perhatian aku. selain wajahnya yang memang 'in the market' , kesungguhan dia di tengah padang sangat menarik perhatian.


Kelincahan dan kepantasan serta semangat juang para pemain pasukan Jerman betul2 mengagumkan. setiap hantaran dapat dibaca dan disempurnakan dengan pantas dan mudah. bagaikan mengerti. seia dan sekata.


* Paul the Octopus - menjadi mangsa kecaman seluruh peminat Jerman (termasuklah yg menulis ni) bila menjangkakan Sepanyol akan kalahkan Jerman...,huh!*



walau apa pon yang terjadi, Jerman tetap akan menjadi pasukan pilihan aku untuk WC 2014 di Brazil nnt ^_^

Kira Kalori Makanan Kita

Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping =58 kal

Saturday, June 26, 2010

Betul ke amalan kita selama ni??? ayuh, fikirkan kembali...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.'

Monday, June 21, 2010

Susu @ Milo?

perbualan pd 1 malam:

udin: mak, mak ada gg susu lagi?

mak: mana ada dh...

udin: ni gg susu udin ke mak?( sambil tunjuk kat gg kapak didepan)

mak: taklah...bukan gg kau dh pernah tercabut dulu?...

udin: abeh tu, ni gg MILO ye mak???

(hahahaha...aku sudah tergolek2 jatuh kerusi mendengar pertanyaan bdk kelas 5 anggur tu)

Wednesday, June 16, 2010

B.O.R.I.N.G

AHAD: N.G.A.N.G.A.



ISNIN: K.U.R.S.U.S



SELASA: K.U.R.S.U.S



RABU: JADI B.A.LA.C.I



KHAMIS: N.G.A.N.G.A kembali...


Huarrrghhhhhh!!!!!


bosannya hidup minggu ni!!!!!


intenet????




lembap tahap siput pig betui!!!!

Saturday, June 12, 2010

H.I.D.U.P

hidup....

adakalanya membahagiakan
adakalanya menguji
adakalanya menyepit....

huh, siksanya saat keadaan menyepit sebuah kehidupan

susahnya rasa nak bernafas

aiiyooo....

tetapi, terima kasih Ya, Allah....

kau pinjamkan aku 'dia' yang sentiasa ada di sisi
yang mendengar semua cerita
cerita bahagia, pening, gila dan duka
dia yang amat aku sayangi, aku kagumi

dia lah 'E.M.A.K'

terima kasih ALLAH
terima kasih Emak

* SAYA SAYANG EMAK SAYA *



20:26 12062010

Tuesday, May 25, 2010

K.A.R.M.A

Hidup dalam dunia ni ada timbal baliknya. cuma masa sahaja yang menentukan bila semuanya akan tiba.

aku percaya pada hukum karma. setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya. setiap apa yang kita lakukan, pasti ada balasannya.

benih yang baik, pokoknya juga baik. hasilnya juga berkat.

benih yang buruk, pokoknya juga harus tidak sempurna. malahan rugi pulak adanya...

dunia kini makin menghampiri penghujungnya...ramai yang kata, setiap perbuatan, balasannya "tunai, secepat mungkin"...tak perlu tunggu lagi tiupan sangkakala Israfil

hari ni, kita sakitkan hati orang
esok2, hati kita 10 kali ganda lagi sakit

hari ni, kita marahkan nasihat/teguran yang berhak
esok2, kita pulak yang kena hentam lagi teruk

salahkah kalau kita menegakkan hak kita?

kadang2 kita sendiri lupa...
siapa kita?
di mana atur duduknya kita ni?

10 kebaikan yang orang bagi, berapa banyak yang kita balas dengan baik?
10 ingatan orang tentang kita, berapa kerat ingatan kita pada mereka?

betullah kata pepatah " panas setahun, musnah oleh hujan setengah hari"

budi baik dan jasa orang yang bergunung tinggi, musnah dengan kemarahan(atau aku patut kata 'kebodohan' or ke'tolol'an?) kita yang nyata jahil tahap dewa!

tua tak semestinya betul...
amarah tak semestinya betul jugak...

yang paling penting, sedar diri bila nak buat sesuatu
dan timbang2 la segala budi baik orang kat kita sebelum kita menjatuhkan hukum

aku mohon ALLAH bukakan segala pintu bahagia, kecilkan pintu derita...
kerana sesungguhnya, kehilangan kerana kesilapan/kebodohan itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan...

dan karma? ya, benda itu pernah berlaku di depan mata...di bayaq cash tanpa penjamin!!!!