Thursday, November 17, 2011

Secoret Kenangan Seribu Rasa

Assalamualaikum...

Rasanya bagai sedikit lewat untuk mengupdate story ni...

sesungguhnya benar, sebuah PERTEMUAN itu pasti TEWAS dengan sebuah PERPISAHAN

Namun, alangkah MANISnya sebuah PERTEMUAN selepas PERPISAHAN bertahun lamanya...

itulah yang aku, mungkin juga 'mereka' rasakan...


Pertemuan semula ini bagaikan mengimbas kembali setiap warna-warna gemilang dan cemerlang yang pernah dilakarkan di kanvas sekolah rendah...

~ Kelas 6 Hijau Sek Rendah Kerajaan Orang Kaya Mohammad, Bintulu ~

13 belas tahun...bukan satu tempoh yang singkat untuk sebuah perpisahan anak remaja...

13 tahun dahulu, kami bersama

13 tahun dahulu, kami berpisah

13 tahun kini, kami bertemu

Doaku, agar kami semua akan terus kekal berhubung...semoga ukhwah ini akan terus terjalin...
Terima Kasih atas nikmatMu, ya ALLAH...

Thursday, October 27, 2011

ISLAM DAN IMAN: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH S.W.T

ISLAM DAN IMAN: BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH S.W.T: Setiap insan hendaklah bersangka baik dengan Allah S.W.T. Meyakini bahawa Allah S.W.T sentiasa melimpah ruahkan rahmat-Nya. Mendampingkan d...

Thursday, August 18, 2011

Kenapa saya jumpa kamu???

Assalamualaikum.

Hari ni aku g buka pose ngan member2 baek aku.

Sebelum buka pose, kami g Pasaraya 'Gergasi' dulu...sebab aku nak cari rak untuk 'buku-buku chenta' aku yang dah makin bersepah di lantai bilik...

dalam pada dok cari2 stok rak yang aku berkenan sangat tu, aku terperasan kelibat sorang hamba ALLAH ni...

macam kenai...

mungkinkah???

sah, memang dia! Wah, apakah ini rezeki ALLAH bagi di bulan mulia ni?


seperti besa, trick aku berlakon...huhuhu

skali aku tengok...dia ada kat hujung tu.. hujung, tapi dekat je sebenarnya

aku pura2 lagi tengok rak buku...

kali kedua...dia dah hilang

pas tu aku g cari member...(cari jugak kelibat si dia tp xjumpa...cuma jumpa minah yang teman dia...hahahah)

on my way balik ke bahagian rak...

Nah! dia siap dah tunggu kat situ...memandang aku...(pandang aku tu!!! maksudnya, bukan aku sorang yang perasan kenal dia kan?)

tapi....


rupanya air muka ku lagi mahal....

aku boleh belah dari situ tanpa cakap apa-apa

seolah-olah dia adalah mamat Artik yang baru mai Malaysia

pelakon...pelakon...memang xleh ubah...

kenapa aku EGO sangat?

patotnya ia jd cmni:

aku: eh, A**K kan?

mamat Artik: A'ah...awak pon kn? tapi awak dah tukar p J*NM kan?

aku: A'ah...tp skrg dh pindah ke Kolej ***ik Changlun

Mamat Artik: Cari barang apa kat Pasaraya Gergasi ni?

Aku: Rak...tapi yg sy minat tu tinggal yang display je

Bla...bla...blaa...

** Patotnya macam ni la...ni tak...ego sangat... P A D A N M U K A !!!