Saturday, February 5, 2011

Saat Berharga...Part 3

n3 kali malas la plak nak tulis banyak2...hehehe ( bley ke ayat tu???)



* watif, aku, ieda n syaza lepas check-out dr motel GoodHope, Tanjung Bungah*



*aku dan watif mengabadikan 'kepoyoan' di Masjid Terapung Tanjung Bungah*







*depan Masjid Kapitan Keling...org sembahyang Zohor, kami amik gambaq plak...huhu*


* Mat Saleh yg sporting..tp loghat dia??? huh, pecah peluh gak aku nak paham...hehehe*


*di Little India...*


* dah ada atas feri utk balik ke Tanah Besar...*

Pulau Pinang yang menawan, akan kujejaki lagi utk menikmati keindahan khazanahmu
...

Saat Berharga ...Part 2


...sambungan part 1

cuak jugak bila xjumpa mana-mana hotel bajet sepanjang perjalanan kami di Tanjung Bungah...So, kami pon cari kedai nak makan dulu.

Susah jugak (bagi aku dan kawan-kawan la...) untuk mencari kedai makanan melayu kat Pulau Pinang ni...Kedai tu ada, tapi mungkin terselit. walaubagaimanapon, aku memang respekla kat orang2 melayu Pulau Pinang ni...ramah n mesra semuanya.

Gamble2...one of my best angel ni ternampak iklan hotel bajet. Apalagi, terus kitorang serbu hotel bajet tu. mangaihhhh....skali tengok macam rumah Uncle Cheng...aku memang tak menaruh harapan la nak dok situ tapi memandangkan kami belum ada mana-mana tempat tidur, aku gagahkan jugak bertanya. Untuk kapasiti 4 orang, harga bilik yang sesuai adalah RM105.00/malam. Aku mintak tengok bilik dulu (my habit sbb pernah terkena bilik yg xbest dulu)

Waaahhhh, sangat puas hati dengan keadaan biliknya! bersih, teratur dan kemas. memang mcm hotel la...so, memandangkan sume dah penat, kitorang pon landing dulu, amik tenaga balik...

kol 6 petang, kitorang mula gerak ke Batu Ferringhi. Mak aihhh, jalannya...kecut perut aku. dalam gamble2 tu, kitorang terlajak sampai ke Teluk Bahang...so, perkena Laksa n Ais Kacang dulu..

habis makan, kitorang patah balik ke Batu Ferringhi dan menikmati keindahan suasana matahari terbenam di pantai yg damai ini...so, layan jap ye gambar2 yang sempat di snap ni...(^_^)


* sempat abadikan gambar kat Teluk Bahang*


*xmasuk pon...juz snap saja*



*with Norida dengan permandangan matahari terbenam di belakang...so nice!*

* Awatif, Me/Habib, Syaza & Norida*






Habes saja menikmati sunset, kami menjelajah pula Pasar Malam Batu Ferringhi...wahhh, macam-macam benda menarik yang aku jumpa tp kat sini aku xberani sangat nak snap gambar...maklumla tempat2 terbuka mcm ni, apa-apa boleh jadi...tp sebab suka sangat ngan lampu ni, aku snap jugak...tapi aku xbeli pun...aku cuma beli beberapa buah tangan buat kawan2 di pejabat.(sebelum ni aku ke Melaka, aku xbeli apa-apa pun utk diorang )


54489-69-14A809603E344092901C660672C32C22

Saat Berharga...Part 1



assalamualaikum w.b.t

ini kisah perjalanan aku dan tiga orang sahabat baikku...walaupun dekat je destinasinya, sekurang2nya ia adalah saat2 yang membahagiakan di tengah2 kekusutan minda dengan suasana kerja yang tak pernah reda...

seawal jam 8.30 pg, aku dh mula gerak ke Alor Setar utk amik Syaza. Pastu terus naik highway utk amik Watif di Dataran Gurun. Aku ngan Syaza sempat sarapan sementara nak tunggu cik Watif mai/datang. Pastu, kami keluar di Tol Sungai Petani Utara utk singgah ke rumah Norida. Huhu sempatlah melawat ayahanda Norida yang kurang sihat...

Perjalanan ke Jeti Butterworth di isi ngan gelak tawa. kadang2 rasa pening jugak bila rasa cam salah jalan. maklomlah, atas highway kan? cmne nak u-turn? tapi akhirnya, jalan tu betullah...buat aku cuak je (~.~)'


layan jap gambar-gambar atas feri...









Dalam jam 11.30pg kitorang dah sampai di tanah Mutiara ni... cuaca agak panas la...so kitorang tak banyak jalan2 sangat. stakat kat area Fort Cornwallis...pastu kitorang terus g Tanjung Bungah cari bilik...wah, gamble lagi!!! i loike...







*watif sempat touch-up ....*


*men'google' tempat utk soru time*



Kenduri Kahwin Zaman Sekarang

Assalammualaikum w.b.t

aku baru je balik dari satu kenduri kawen... umangaihhhh, panasnyaaaaa

peluh menitik-nitik....kalau ikot hati memang tanak p dah...tp sebab nak makan sangat lauk kawah, aku gigihkan jugak menapak ke kenduri kawen ikot mak ayah aku...

lauk memang tip top la...berbaloi rasanya (^_^)Y

tapi bila aku lewati majlis tu, aku melihat senario biasa majlis kahwin kebelakangan ni...

1) Makan secara buffet
Mungkin faktor nak cepat hidang. benda ni bagus jugak sebab kalau pakai bentara/mentara, diorang kira nak jamu sepupu sepapat depa ja dulu, orang len blakang kira. kadang2 yang sampai lewat boleh makan lagi awal...

2) Tiada lagi BUNGA TELUR
Sekarang ni dah susah nak jumpa rumah pengantin yang bagi bunga telur kat semua tetamu. kalau adapun bunga telur, ia adalah untuk keluarga pengantin yang datang menghantar pengantin. kalau ada bajet lebih sikit, adala habuan utk kawan2 yang betui2 rapat...stakat kawan tepuk kad zaman tok nadok, makan free pon dh ok...

3) Buah tangan hanya untuk yang menghulur sampul/duit
Ini budaya yang paling 'berbulu' aku tengok! Aku rasa sepatutnya kenduri kahwin tu diraikan dengan meriah tanpa kira siapa pon jemputan tu. kalau dulu, tuan rumahlah yang sibuk ke hulu ke hilir tengok apa benda lagi yang tak cukup supaya majlis xde cacatnya. tapi sekarang ni, tuan rumah hanya duduk tepi pintu rumah (aku tengok dh macam jurutol PLUS) dengan sekotak besar 'doorgift' (yang ntah apa-apa isinya) yang hanya akan diberi kepada mereka yang menghulur sampul/duit...motif???

APA KATA TUAN RUMAH?

**Tuan rumah kata katering tu bagus. senang dan jimat. tapi bagi aku, xjimat mana pun. jimat cuma pada kecepatan menghidang makanan kepada tetamu saja. dari segi kos dan pembazirannya??? katalah paling murah n standard menu = RM 7.00/kepala. Kalau 1500 jemputan dah makan kos RM10,500.00.
kita pun tahu, katering ni standard dia potong ciput2 ja..kalau yg besar tu, besar sangat. Kadang2 terkena katering yang masakannya hampeh dan ciput. dahla ayam pon besar jari kelinking ja, tetamu pun amik 2-3 ketul. skali xsedap. buang je camtu. xke dah membazir? bajet makan untuk 1500 orang tp yang boleh makan cuma 1054 org je...

p/s: bagi aku, baik kita upah orang memasak je. kita cari yang betul2 pakar memasak (xperlulah sampai tahap tukang masak istana) Yang penting, dia masak cara kita. takkan seorang tukang masak untuk sehari kosnya lebih dari RM 3000.00 kan?

**Tuan rumah kata, nak bagi bunga telur kat semua tetamu tu kosnya tinggi. tapi boleh pulak spend duit untuk bagi doorgift/beg yang berisi bahulu, kuih karas, kuih loyang, sumi/jeli, gula-gula dan sebagainya. Ada pulak yang bagi sapu tangan (saputangan yang dibeli di Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam) yang sudah cantik dipek. Aku rasa, kos nak beli menda2 alah ni pon dah cecah lebih RM5/beg. sedangkan kalau beli telur ayam gred B pon, baru RM9+++. dapat 30bijik lagi!

p/s: so, kenapa kita nak doorgift2 yang 'biasa' saja tu dengan kos yang begitu tinggi sedangkan keseronokan menghadiri sebuah majlis perkahwinan itu, bagi 'budak-budak' macam aku ni,sudah memadai dengan sekuntum bunga telur. Sekuntum bunga dengan sebiji telur rebus lagi bererti dari sebuah beg doorgift yang berisi kuih dan gula-gula yang akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. beg tu kita beli dengan harga yang mahal dr sebiji telur tp tempatnya selepas majlis hanyalah dalam tong sampah atau dikoyak2...


buat bakal pengantin dan siapa-siapa yang tengah merancang, fikir2kanlah 'buah tangan' yang sebaiknya aga tetamu gembira, dan anda juga tidak membazir...(^_^)Y