Showing posts with label apa-apa. Show all posts
Showing posts with label apa-apa. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Kembara Meneroka Keindahan Bandaraya Kuching (part 2)

Hari kedua di Kuching, aku mulakan dengan bersarapan di Restoran Ayamku, Menara Satok. entah kenapa, aku merasakan Menara Satok ini sebagai 'bangunan utama' yang menjadi paksi percutianku. kalau sesat, inilah bangunan yang aku cari dulu...tapi alhamdulillah, aku tak menghadapi terlalu banyak halangan sepanjang memandu di sana selain terlalu banyak jalan sehala dan pemanduan pengguna jalan raya yang amat 'berhati-hati'. hahhahaha...




Memandangkan aku mempunyai masalah dengan tahap 'keselesaan' kereta petama, aku wat keputusan tukaq kereta. malam tadik jugak aku surf internet cari car rental yang ada kat area Kuching. Aku hampir putus asa sehinggalah aku cuba dail nombor 1 inche ni...alhamdulillah, dia angkat. jam masa tu dh dekat tengah malam. hangpa bayangkan je la kol 1130 malam kat Sarawak...macam kol 2pagi kat kedah...lepas puas negotiate ngan inche tu, aku dapatla Myvi dengan harga RM80/hari....fuiyohh!!! Memang tak sangka aku ada bakat me'mujuk' *uwwekk*


* peneman aku kat sana... QAD 848*

dapat je kereta dalam 1130a.m, ingat nak singgah kat tourism waterfront. tapi memandangkan jalan sehala yang menyerabutkan fikiran, aku akhirnya nekad nak gamble je p Kampung Budaya@ Sarawak Cultural Village (SCV). Mujurlah rumah sewa sepupu aku tu dah menghala ke Santubong, so, takderla masalah sangat nak drive. lagi pulak, jalan ke SCV tu lurus saja. tak payah nak amek simpang kiri kanan..perjalanan mendamaikan dan taklah terlalu mencabar walaupun baru je lepas hujan.


*depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak*


Kami sampai dengan selamatnya dalam pukul 1200 lebey. Dengan bayaran RM60 untuk warganegara, dan RM 25 untuk rakyat Sarawak(sepupu aku, Ejot), kami meneroka keindahan SCV. memandangkan kami dah terlepas show pagi (1100a.m), kami decide tengok show petang (1600p.m). so, memandangkan kami masih punya banyak masa, kami pon taklah rush sangat kat satu-satu rumah. lagi plak tengahari di hari bekerja(weekdays) memang tak ramai sangat pengunjung. kalau pagi, mungkin ramai la...




Balik dari SCV (dalam pukul 5 baru kami keluar), aku ngan Ejot kelam kabut park keta kat tepi Hotel Hilton yang bertentangan dengan Tune Hotels. terus jalan kaki ke Waterfront untuk naik bot ke seberang. Kami ingat perkhidmatan bot tu sampai pukul 7 malam je. rupa-rupanya bot tu servis sampai pukul 11malam dengan caj normal (50sen-70sen) dan selepas tu mungkin RM1-RM2. Fuhh! lega tak payah kelam kabut sangat. Masa bertanya servis bot tu kat seorang hamba Allah ni, aku terlepas loghat utara. skali pakcik tu gelak. rupa-rupanya dia pon pernah dok Kedah jugak. aku rasa hepi jumpa orang yang pernah dok negeri aku ni...

Ejot bawak aku pergi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang memang superb tu..tapi aku tak borong sangat sebab dok fikir nak jimatkan ruang luggage time nak balik. takut pisang berbuah dua kali. kat sini jugak aku terjumpa group bebudak student. salah sorang tu tegur aku. mungkin sebab dengar gaya cakap aku yang memang lari tune dari rakyat tempatan..haha sekali lagi, minah tu orang Alor Setar je...tapi tak dan sembang panjang koz depa pon kelam kabut nak balik.





Aku ngan Ejot sempat menikmati makan malam kat medan selera sebelum balik. aku amik Nasi Ayam Penyet @ RM 7/pinggan. Memang kenyang sampai aku tak mampu nak habiskan. selesai makan, dalam pukul 9, kami amik bot lagi dan terus balik ke hotel. malam tu lepak dalam merancang perjalanan esok sambil aku teman Ejot chatting....

Friday, March 19, 2010

Kembara Meneroka Keindahan Bandaraya Kuching (part 1)

lama jugak aku tak meng'update' cerita aku kat blog ni...kesibukan (kemalasan sebenarnya..huhu) lepas balik dari bercuti telah menghambat rasa rajin, bertukar dengan rasa hendak rehat je...

aku terbang ke Kuching seawal jam 8.20 am dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar Kedah. Transit di LCCT jap untuk flight ke Kuching jam 1145am. hah, pagi2 lagi aku dah di duga bila berat bagasi berdaftar melebihi berat yang sepatutnya. terbang RM 45. ceh, sioottt je...


sebab kat alor setar dh kena caj mahal, mood nak bersarapan di LCCT tu dah larik. elok ja amik beg, aku terus masuk toilet untuk punggah balik mana2 barang yang untuk diasingkan ke beg lain. nasib baik ok.

sampai di Kuching, sepupu aku yang dah lama tak jumpa, Ejot datang jemput dengan Abang Dol. terima kasih banyak2...Ejot n Abang Dol ni memang banyak tolong aku pasal jalan-jalan area Kuching ni...maklomlah, aku amik keta sewa kat sana...

* dah lama aku nak snap gambar ngan Keluarga Kucing ni...sejak aku mula kenal bandar Kuching ni *


* aku suka gambar ni sebab dia menggabungkan 3 artifak/monumen/bangunan yang sangat cantik dan lambang kesenian di Kuching *

hari pertama di Kuching, aku habiskan dengan bersiar siar sekitar Waterfront (depan hotel aku je), Indian Street, Satok dan mengunjungi rumah sewa sepupu aku kat Bandar Baru Semeriang. pastu malam, aku lepak bilik je...

* korang nampak tak ada bot panjang kat belakang tu?*


* inilah sepupu/peneman/pemandu pelancong/jurugambar aku sepanjang di sana - E_jot *

Saturday, January 23, 2010

first entry...

salam kepada viewers yg telah melintas ke page aku ni...
huhu ini 1st time aku buat blog...aku really2 damn exited to have a blog
bukan pe, aku ni memang suka menulis...kdg2 tu nak sangat menulis yg terlintas dalam hati
selama ni pon aku menulis. tapi aku menulis dalam ati je la...hahahaha tader sapa yang tawu..

sbg pengenalan, aku kenalkan la serba cket aku datang dr planet mana...mungkin ada yg tahu changlunz ni apa...kasut ker? makanan ker? tapi pada yang pernah or memang pemastautin negeri jelapang padi neh...kerat kuku ayam la kalo tak tawu Changlun ni kat ner...lagi 1, kalo da sedara mara yg pernah study di UUM Sintok, sure tawu mana Changlun neh...kalo tak, cne korang nak p PMC@ Pasar Malam Changlun kn? huhuhu

nway, aku harap penulisan aku tak berhenti kat cni...bg aku blog ni sebagai wadah tempat aku melepaskan (...bukan melepas angin yer) segala isi hati yang terbuku...yang mungkin aku segan nak cerita secara face to face ...aku berkongsi pada angin, pada dunia luar...

so, salam perkenalan buat semua ('',)