Wednesday, March 24, 2010

Kembara Meneroka Keindahan Bandaraya Kuching (part 2)

Hari kedua di Kuching, aku mulakan dengan bersarapan di Restoran Ayamku, Menara Satok. entah kenapa, aku merasakan Menara Satok ini sebagai 'bangunan utama' yang menjadi paksi percutianku. kalau sesat, inilah bangunan yang aku cari dulu...tapi alhamdulillah, aku tak menghadapi terlalu banyak halangan sepanjang memandu di sana selain terlalu banyak jalan sehala dan pemanduan pengguna jalan raya yang amat 'berhati-hati'. hahhahaha...




Memandangkan aku mempunyai masalah dengan tahap 'keselesaan' kereta petama, aku wat keputusan tukaq kereta. malam tadik jugak aku surf internet cari car rental yang ada kat area Kuching. Aku hampir putus asa sehinggalah aku cuba dail nombor 1 inche ni...alhamdulillah, dia angkat. jam masa tu dh dekat tengah malam. hangpa bayangkan je la kol 1130 malam kat Sarawak...macam kol 2pagi kat kedah...lepas puas negotiate ngan inche tu, aku dapatla Myvi dengan harga RM80/hari....fuiyohh!!! Memang tak sangka aku ada bakat me'mujuk' *uwwekk*


* peneman aku kat sana... QAD 848*

dapat je kereta dalam 1130a.m, ingat nak singgah kat tourism waterfront. tapi memandangkan jalan sehala yang menyerabutkan fikiran, aku akhirnya nekad nak gamble je p Kampung Budaya@ Sarawak Cultural Village (SCV). Mujurlah rumah sewa sepupu aku tu dah menghala ke Santubong, so, takderla masalah sangat nak drive. lagi pulak, jalan ke SCV tu lurus saja. tak payah nak amek simpang kiri kanan..perjalanan mendamaikan dan taklah terlalu mencabar walaupun baru je lepas hujan.


*depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak*


Kami sampai dengan selamatnya dalam pukul 1200 lebey. Dengan bayaran RM60 untuk warganegara, dan RM 25 untuk rakyat Sarawak(sepupu aku, Ejot), kami meneroka keindahan SCV. memandangkan kami dah terlepas show pagi (1100a.m), kami decide tengok show petang (1600p.m). so, memandangkan kami masih punya banyak masa, kami pon taklah rush sangat kat satu-satu rumah. lagi plak tengahari di hari bekerja(weekdays) memang tak ramai sangat pengunjung. kalau pagi, mungkin ramai la...




Balik dari SCV (dalam pukul 5 baru kami keluar), aku ngan Ejot kelam kabut park keta kat tepi Hotel Hilton yang bertentangan dengan Tune Hotels. terus jalan kaki ke Waterfront untuk naik bot ke seberang. Kami ingat perkhidmatan bot tu sampai pukul 7 malam je. rupa-rupanya bot tu servis sampai pukul 11malam dengan caj normal (50sen-70sen) dan selepas tu mungkin RM1-RM2. Fuhh! lega tak payah kelam kabut sangat. Masa bertanya servis bot tu kat seorang hamba Allah ni, aku terlepas loghat utara. skali pakcik tu gelak. rupa-rupanya dia pon pernah dok Kedah jugak. aku rasa hepi jumpa orang yang pernah dok negeri aku ni...

Ejot bawak aku pergi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang memang superb tu..tapi aku tak borong sangat sebab dok fikir nak jimatkan ruang luggage time nak balik. takut pisang berbuah dua kali. kat sini jugak aku terjumpa group bebudak student. salah sorang tu tegur aku. mungkin sebab dengar gaya cakap aku yang memang lari tune dari rakyat tempatan..haha sekali lagi, minah tu orang Alor Setar je...tapi tak dan sembang panjang koz depa pon kelam kabut nak balik.





Aku ngan Ejot sempat menikmati makan malam kat medan selera sebelum balik. aku amik Nasi Ayam Penyet @ RM 7/pinggan. Memang kenyang sampai aku tak mampu nak habiskan. selesai makan, dalam pukul 9, kami amik bot lagi dan terus balik ke hotel. malam tu lepak dalam merancang perjalanan esok sambil aku teman Ejot chatting....

Friday, March 19, 2010

Kembara Meneroka Keindahan Bandaraya Kuching (part 1)

lama jugak aku tak meng'update' cerita aku kat blog ni...kesibukan (kemalasan sebenarnya..huhu) lepas balik dari bercuti telah menghambat rasa rajin, bertukar dengan rasa hendak rehat je...

aku terbang ke Kuching seawal jam 8.20 am dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar Kedah. Transit di LCCT jap untuk flight ke Kuching jam 1145am. hah, pagi2 lagi aku dah di duga bila berat bagasi berdaftar melebihi berat yang sepatutnya. terbang RM 45. ceh, sioottt je...


sebab kat alor setar dh kena caj mahal, mood nak bersarapan di LCCT tu dah larik. elok ja amik beg, aku terus masuk toilet untuk punggah balik mana2 barang yang untuk diasingkan ke beg lain. nasib baik ok.

sampai di Kuching, sepupu aku yang dah lama tak jumpa, Ejot datang jemput dengan Abang Dol. terima kasih banyak2...Ejot n Abang Dol ni memang banyak tolong aku pasal jalan-jalan area Kuching ni...maklomlah, aku amik keta sewa kat sana...

* dah lama aku nak snap gambar ngan Keluarga Kucing ni...sejak aku mula kenal bandar Kuching ni *


* aku suka gambar ni sebab dia menggabungkan 3 artifak/monumen/bangunan yang sangat cantik dan lambang kesenian di Kuching *

hari pertama di Kuching, aku habiskan dengan bersiar siar sekitar Waterfront (depan hotel aku je), Indian Street, Satok dan mengunjungi rumah sewa sepupu aku kat Bandar Baru Semeriang. pastu malam, aku lepak bilik je...

* korang nampak tak ada bot panjang kat belakang tu?*


* inilah sepupu/peneman/pemandu pelancong/jurugambar aku sepanjang di sana - E_jot *

Wednesday, March 3, 2010

Geram Tak Terucap...

hangpa sume mesti tertanya-tanya, awatla cerita ceriti aku dlm blog ni boleh dikategorikan sbg cerita2 yang penuh kesedihan dan ketensenan...di sini aku berkongsi kisah-kisah yang tak mampu aku kongsikan dengan org sekeliling aku...kat sini, aku berkongsi pada angin lalu, pada mereka yang tidak mengenaliku...

adakah hidup aku hanya diselubungi ketensenan? kedukaan?

tidak jugak...hidup aku bewarna-warni macam hidup ampa semua jugak...cuma kisah-kisah ceria itu ku kongsikan pada mereka yang di sekelilingku...yang duka, aku simpan di sini...

2008 adalah tahun yang paling memberi tuah @ keceriaan kepada aku...dari awal tahun sampai ke hujung tahun...2009, tahunku bermula agak goyah...pening dan kusut...ditambah lagi dengan pertemuan dan perkenalan dengan 'orang-orang gila' mabuk kuasa, pangkat dan nama...aku mengenali lagi satu sisi peribadiku...aku menjadi lone ranger dlm situasi yang sama sekali bertentangan dengan norma kehidupan...berdepan dengan begitu banyak penyerang hendap, yang menjatuhkan dalam menghulur tali persahabatan...

kadang2 aku bertanya pada diri, kenapa harus ada dengki dalam diri manusia? kenapa harus bercerita membangga diri? egokah? perlu ke?

pangkat dan nama itu hanya di dunia, yang abadi hanyalah amalan. yang bertopengkan amalan agama sedang hati macam sialan saja...yang mengambil hak yang berhak, menindas yang tak besalah...moga ALLAH SWT turunkan balasan dan hikmah untuk segala-galanya. sehingga itu, aku mohon Allah pinjamkan aku kekuatan bagi menempuhi dan mengharungi hari-hari sepanjang berkongsi ruang dengan manusia yg gila ini....

Monday, February 22, 2010

B.E.N.G.A.N.G!!!!!

Malam-malam ni aku paling bengang dan berangin ngan syarikat telekomunikasi Blue Team!!!!! ye ye je kata 'this is Blue territory' macam la dia conquer all the site in this country...service cam sengal gile baboon!!! jap jap no network connection...ape ke bangang sangat ko punyer servis neh????

promote kat tibi cam ko punyer servis la paling tip top...ala, mula2 memang servis baek punya...lama2 ko reti makan duit org jer...bangang tol la

aku tak heran la kalo satu hari nnt, Blue team akan jd mcm Red Team..dulu aku adalah antara pengguna setia that Red team. tapi bila makin banyak orng pakai servis dia, bukan dia makin nak mantoooopkan servis, tapi dia mantooooooooooopkan caj dia...servis tahap cikai secikai cikainya!!!! last2 bila people start changing their label with this also 'stupid' blue team, baru nak ternganga...but, u r alreadyy late la red team...users dh meluat...

skarang blue team plak mcm nak ikot jejak red team...buatla..buat...lepas ni yellow team plak naik...yellow team, it is better u make sense of this issue sbb i rasa, skrg neh xtually yellow team offer a very good deal to users...cuma mungkin kita yg tak 'berani' nak ubah operator bangang yg kita guna sekarang neh...

blue team: korang sila buat keje betul2...jangan makan duit orang je tau...servis tahap longkang!!!!

Friday, February 19, 2010

salahkah aku menyimpulkan begini??? (T_T)

hari yang bakal menjelang cuti sepatutnya hari yang paling mendamaikan otak n fikiran aku ni..
tapi, perkhabaran yang aku terima lewat petang tadi, sipi-sipi sebelum pukul 4 petang, betul2 buat darah dari perut aku memenuhi ruang2 yang baru di'kosong'kan...

benda dah rancang sejak tahun lepas, n tinggal lagi 2minggu je nak jalan, tiba2 diberi hint, it could not b done! hello, ini rancangan tahun lepas ok...n u simply bagi alasan becoz that stupid2 person, u can't make it...owh, now i know apa perasaan orang yang dapat mesej tak jadi kawen...memang patot orang boleh pengsan, orang saman...yeah, i really2 understand ur feeling, beb

u've planned to do something for a long time, n when it is around the corner to be happened/launched, u juz got a verry simple idiot stupid messege that everything will be cancelled on the side of other person

ni baru rancangan yang melibatkan duit yang bape ratus ja(...wooo duit gak tu! ingat duit tu lompat mai depan mata ja ka???aku sayang duit aku wooo...) aku dah macam cacing kepanasan ja. kepala macam nak pecah ja.

tapi juz imagine, orang yang dah nak nikah or wat kenduri. persiapan dah bagai nak rak, lembu dah sembelih, walimaturus dah berkoyan-koyan diedar, macam seisi alam dah dipanggil hatta sang semut pon kalo boleh dijemput, dijemput...alih2 dapat mesej dr yang tersayang( still panggil sayangla sebelum baca mesej..) mintak batal..hang buatla ayat lemah lembut macam takda tulang pun, takkan mampu membuatkan penerima mesej(orang yang kena reject tu la...) berkata, " baiklah, kita batalkan je kenduri ni..," silap-silap dari 'sayang', ada benda yang nak me'layang' kot! konfem " i'll see u in court!!!" pas tu, siapla kes saman main juta-juta. yang penting saman pengajaran tu...ambik ko...

pada aku, org yang membatalkan setiap satu perjanjian yang telah dibuat tanpa sebab2 yang logik diterima akal fikiran yang WARAS (ye la, kalo hang tanya kat orang yang TAK WARAS, hang batalkan rancangan sebab kucing hang putus cinta pun dia kata logik!!), adalah orang yang tidak layak untuk menerima kepercayan dari orang yang telah dikhianati(fulammak, dikhianati tu...aku tak dapat menolak perasaan ini... yes, i'm feel that i've been betrayed by my own best n trusted frenz..tapi itu istilah. dulu..kini dia hanya x-bff aku)

tak akan ada lagi rasa percaya untuk orang yang mengkhianati(tetap nak guna ayat ni!) aku...woo woo woo hujung minggu ni layan rasa sedih....

Friday, February 12, 2010

Puisi Dari Hati Seorang Gadis...

* alangkah damainya sebuah kehidupan jika tiada persengketaan *

dalam menempuhi liku hidup ini
banyak yang aku terjumpa
ada yang manis...
banyak yang pula pahit

tak mustahil yang manis jadi pahit
dan jangan heran kalau pahit jadi manis


aku lebih rela menelan kepahitan
kalau ia bisa jadi bahagia

dari menempuh kemanisan
yang hujungnya penderitaan
...

dunia ini ada terselit manusia berhati binatang

* manusia berhati binatang*

*lagi manusia berhati binatang!!!*

memangkah di tengah perjalanan
bertingkah dengan hawa nafsu

*kenapa hanya berani melawan si kecil yang tidak tahu apa-apa?*

memijak yang lemah
menindas yang tidak berkuasa

segalanya demi nama dan penghormatan

demi kepentingan peribadi berteraskan nafsu duniawi


yang tersurat itu kadangkala susah dimaknakan

sedang yang tersirat itu pula diurai dengan kekhilafan


yang terlihat hanya kekurangan

yang tersimpan hanya kedukaan


walau berdepan syaitan bertopengkan manusia
dalam manis ada racun

dalam baik ada pengkhianatan



moga Allah S.W.T membuka mata yang terlena

moga Allah S.W.T memelihara yang terpinggir
moga dibukakan segala pintu kebahagiaan

kecilkan pintu penderitaan



yang baik itu, baik akhirnya
yang khianat itu, laknat hujungnya..


* moga kita sama-sama memperelokkan hati kita semua *

changlunzgirl.bspot
21.56
12022010

Monday, February 8, 2010

A.k.U dan Persekitaran...

Ku rasa Sedikit tertekan dan kecewa
Dunia...
Bagai memusuhiku
Apa ku mahu Tak siapa tahu (tahu)
Dan juga...
Rasa sedikit bosan dan keliru
Mana arah tujuku
Apa ku mahu kadangkala aku

Ku pun tak tahu


Namunku lantang
Terus menentang Siapa yang menghalang
Tak mungkin lagi ada yang berani
Mematah hati
Kini ku temui Teman sejati Ku tunggu-tunggu...
Oh !
Adalah aku...
rupanya aku...


Tiada sesiapa ku benar percaya

Semua punya motif berbeza

Apa diminda, tak siapa bisa jangka
Yang pasti kupagari diriku sendiri

Daripada ulangi
Bukan membenci... tapi hati-hati Ini realiti

ini adalah salah satu lagu yang memang banyak memberi kesan dalam hiudup aku selama ni...jalan ceritanya sama dengan apa yang aku lalui...aku bukanlah seorang yang mempunyai ramai sahabat, walaupun aku mempunyai ramai kenalan..(rasa-rasanya lah..hahhaha)...

*the best frenz ever i had...Watif, Ieda n Asma*

aku ni memang spesies yg peramah, dan mudah mesra (...ye la tu..('_')' hahhaha ) tapi dalam pada masa yang sama, aku ni jenis mulut hebiaq cket..tu bahasa orang Changloon la..huhuhu dalam bahasa melayu = mulut lepas..kalo englishnya outspoken a.k.a laser...memang level 7..
ya, aku agak susah mempercayai seseorang yang baru aku kenali...tetapi sekali aku memberi kepercayaan itu, aku akan betul2 percaya dengan si polan terbabit..hah, ayat skema takleh nak hengat...macam tu jugak kalau that polan break my trust..susah aku nak percaya dah...

*lagi kawan2 yang mewarnakan hidup aku dengan kaler2 yang pelbagai..Whosena, Syaz, Awien n Psoh*

biasala...orang melayu ni kan bersopan santun dan berbudi bahasa. kalau nak menegur atau bergurau, bahasanya berlapik-lapik & berkias-kias. tapi kalau aku, jangan harapla...aku memang cakap direct je..so memang ada yang tersentak, terhentak, terhantuk...dan segala macam perkataan yang bersekutu dengannya..

*nampak sangat aku jer yang over hikhik...*

* ada Juney, Chonney n Linda..*

aku konfem itu adalah faktor utama kenapa orang mudah salah faham dengan apa yang aku cakap. kadang2 kita cakap benda biasa ja, tetapi memandangkan kelantangan audio-volume aku ni mengalahkan mulut si Bedah, penjual jamu kat kampung aku, depa dah mentafsirkan bahasa tubuh aku ( bahasa tubuh ya, bukan tubuh saja..huhu) sebagai yang sebaliknya...oleh itu, aku lebih senang bersahaja..siapa yang sudi berkawan, aku ok je. siapa yang tak leh terima cara aku, aku pon ok je...yang penting, jgn cuba cari pasal menyibuk hal aku sebab aku pon tak suka nak amik tahu hal orang yang tak suka aku..boleh ayat piawai kongsi gelap ni???huhu

*aku ngan Shuhada..orang wat keje, kami mantain posing...huahuahua*

*bajet cun tak hengatttt!!!*

*ngan si Hawa...walaupun masa bersama singkat, ukhwah yang terjalin tetap di hati*

*dengan Nurul Azean a.k.a Puan Miezrul..my cloz fwen satu batch lantikan ke AG*

apa-apa pun, bagi aku, Allah S.W.T itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dan terbuku dalam segala tindak tanduk hambaNya yang sedia lemah dan kekurangan ni. aku sangat2 bersyukur kerana di'pinjam'kan beberapa orang sahabat buat berkongsi suka duka...sahabat yang bersama-samaku ketika duka, apatah lagi gembira...berkongsi segala kemanisan dan kepahitan ranjau hidup sehingga kini...sesungguhnya setiap yang menduga itu, ada hikmahnya.

*miss the moment we've created together...*

Aku percaya, sekiranya dunia menyisihkan aku sekalipun, Allah S.W.T tetap ada di sisi setiap hambaNya. Dia yang Maha Mendengar, Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu..Dia yang tidak pernah melupakan hambaNya walau sepicing...cuma kita, hambaNya yang selalu terleka..terlupa