Friday, June 10, 2011

Kisah Cekodok

Assalamualaikum WBT

Tetibe teringat nak stori pasal cekodok pisang ni.

Hari tu, p majlis tunang member baek, Siti Intan Diyana. Tetibe tersembang ngan Opahnya pasal cekodok pisang yang adik Intan buat sebelum ni.

Cekodoknya bulat-bulat saja. Comel. Rangup. Dan ringan. Best.


Aku ingat ianya sembang-sembang biasa je.

'Hari tu Farah (adik Intan) buat cekodok. Opah teringat kat ira,' wah, haruskah aku menangis? hehe mesti masa makan cekodok tu, aku selera sangat sampai Opah boleh ingat. Hahahaha..malu3

' Ye ke, Pah? Takpe, lepas ni kalau Farah buat lagi, Opah bagitau je kat saya. Berdesup saya mai makan nanti,' Sumpah, aku gurau je.

Ahad tu, masa minit terakhir di opis, aku dapat call dari Intan. Risau jugak aku kenapa dia call. almaklumlah, dia xpenah call aku time nak balik opis. Aku debar jugak nak menjawab call dia. mana la tau ada apa2 ke.

'weh, sat g balik singgah umah aku sat,' intan cakap. aku dh cuak. asal plak kena p umah dia ni?

' opah aku soh ang mai. Farah wat cekodok,' perghhhh...gila ngeri aku dengar alasan dia. hahahahahah....

Aku singgah rumah intan balik keja tu. memang cekodok dah siap menanti dengan seteko kopi panas. aduhh, aku kene habeskan sorang2 ke cekodok yang menimbun dalam pinggan tu? hahaha

Sungguh aku xdaya nak menghabiskannya. (Dulu habes sbb aku, intan n tijah (adik intan yg bongsu) berlumba makan).

Sebelum balik tu, mak intan plak suruh aku makan nasik. dah siap hidang pun. aku??? waaaaahhhh, rasa cam nak tercekik pon ada. Makcik, saya kenyang sungguh ni. Hahahaha

Memandangkan mak intan dah siap hidang, aku jamah jugakla.

Balik tu, memang aku kekenyangan sungguh...tgk nasik pon dah xlalu...hihihi

Time kaseh daun keladi ya Cik Intan Diyana & keluarga sbb jamu saya. Syukur alhamdulillah.

* sumber gambar : http://sajiankaseh.blogspot.com/2008/08/cekodok-pisang.html *


Family + Kerja + Perhubungan + Masalah = H.I.D.U.P


Bismillahhirahmanirrahhim

Hidup xpenah lelah dari ujianNya.

Setiap manusia yang bergelar hambaNya itu sentiasa diuji.

Ada masalah keluarga.

Ada masalah kerja.

Ada masalah perhubungan.

Siapa yang hidup tanpa masalah?

ALLAH menguji ada sebabnya

ALLAH tak akan mensia-siakan usaha hambaNya

itu yang paling aku yakin

Aku percaya pada Qada' dan Qadar ALLAH...(InsyaALLAH, mohon ALLAH tetapkan hatiku)

Setiap apa yang ALLAH rencanakkan, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Aku mohon ALLAH berikan aku dan kita semua hikmah dari ujian-ujianNya

Amin.


* gambar ihsan dr inche Google *


Hanya pada ALLAH tempat kita mohon pertolongan dan perlindungan. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Besar, Maha Mendengar, Maha Memberi dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu.



Tuesday, March 29, 2011

Bila rasa malas..

Assalamualaikum..

Hari ni 29 Mac 2011, Selasa. Hujan dari semalam xberenti...rasa sejuk n nyaman ja. Aku memang suka hujan. Sebab xpanas....

Baju nak p keja dah siap iron dari malam tadi. alih2 bila aku bangun tidoq, aku rasa malas plak nak p keja. maklumla, bos2 besar sume xda 3hari ni, so, aku ngabiskan masa dengan wat report kewangan utk suku tahun pertama dan sign mana2 perubahan gaji staff utk pembayaran bulan mei ni saja. memang rasa boring jugak bila dok kat opis tp xda hiburan hati.

so, bila bangun pagi tadi, hujan pon dok merintik sakan, aku pon bulatkan tekad amik cuti je hr ni. aku inform ngan pegawai cuti n anak buah aku. ye lah makluman je. skali pukul 9pg++ dpt msg dr my immediete boss '
hari ni cuti ke?'

wah, sapa plak yang buat onar ni? macam bebudak mengadu...tapi ada aku kesah? ang pon selamba badak ja cuti ime2 genting ni...huh, MYOB okay!

malas betui nak p keje bila nak kena berurusan dengan orang2 kertu yang mcm aku nak sep*k ter*j*ng je...wat keje main langkah2 je...

huh

Ya, ALLAH...pinjamkan hambaMu ini ketabahan dan kesabaran serta peliharalah aku dari kejahatan yang tidak kelihatan. Amin.

ku ingin kamu




lagu yang best dengan latar video yang menarik...

Friday, March 25, 2011

Hari ini hari Jumaat 25 Mac 2011

Assalamualaikum.

Hari ni hari Jumaat.

Cuti.


Lepas mandi, tiba-tiba rasa nak makan Mee Kari... bahan-bahan memang dah beli hari Rabu baru ni. So, aku keluarkan je dari peti sejuk. Masak-masak terus makan dengan mak n adik-adik aku. Ayah aku pergi masjid. Solat Jumaat.

Sekarang aku cuba 'memaksa' mood bekerja aku. hihi kena siapkan report kewangan jabatan aku. dah nak habis suku pertama ni. lepas ni memang sesi mabuk angka la...

Thursday, March 24, 2011

Hidup Hari Ini

Assalamualaikum...

N3 kali ini aku lebih suka untuk berkongsi akan hal perjalanan hidup seharianku sejak bertugas di tempat baru ni.


Sejak berkhidmat di dot dot dot ni, jadual kerjaku memang padat. Kadang-kadang je aku rileks sikit. tu pun bila boss xde...sbb aku bley settlekan mana keja yang berbaki. kalau boss ada, ada saja dia nak bg task baru...tercungap2 jugak aku nak buat sbb walaupun ada pembantu, tp pembantu pun xmembantu sangat. masih aku yang kena guide. diorang cuma reti buat keje rutin je. (tu la yang susah bila kita TAK NAK belajar ILMU baru...nak duduk di takuk lama ja)


Bila tengok jadual dan perjalanan kerja aku, kadang-kadang rasa 'oh, lepas buat ni, aku nak apply cuti la' . Selalunya aku akan merancang begitu bila terlibat dengan 'fasa-fasa mabuk angka' la. Time aku kena siapkan laporan-laporan yang berkajang...yang selalunya akan menghabiskan kertas dan ink printer aku...tapi hujungnya, aku tak bercuti pun. Bukan sebab boss tak lulus cuti, tapi sebab aku rasa kalau cuti pun, aku macam tak cuti sebenarnya. Mesti ada call nak tanya pasal laporan. kenapa begitu, kenapa begini. Jadi, baik aku duduk ofis je. Senang orang nak cari. (see, sekali lagi aku fikirkan kesenangan orang, tp orang ada ke nak menyenangkan kerja aku? InsyaALLAH, ada)


Aku sebenarnya masih dalam fasa 'survival' di tempat baru ni. Masih banyak yang aku mencari, masih banyak yang perlu aku terokai. (bajet ayat macam peneroka tanah rancangan saja, huh?) Sesungguhnya di sini mengajar aku jerit perit nak belajar erti hidup, memimpin dan dipimpin, memberi dan menerima, memahami dan berkompromi...belajar memahami bahawa tak semua orang boleh terima kita, sebagaimana tak semua orang kita boleh terima. Ayat pon macam pening je kan?

KOMPROMI.


Itu pengajaran yang paling besar buat aku setakat ni. Bukan mudah nak berkompromi bila dalam hati kita rasa kita saja yang betul. Orang lain semua salah, tak pandai, kena dengar cakap kita. Kalau aku yang dulu, mana-mana yang aku tak kena angin, aku lebih suka jauhkan diri dari orang tu ataupon memang elakkan sama sekali untuk berhubungan dengan orang tu. Jangan kata nak tegur, pandang pun aku tak nak. Kena pulak time tu aku banyak keja sendiri. Tak berkait dengan sesiapa kecuali boss je. Itupun aku boleh pilih boss mana yang aku nak. (wah, memang angkuh kan aku? Nauzubillah). lagi la aku nak pertahankan perangai aku tu.

Tapi di sini, aku perlu handle unit aku sendiri. Takkan nak buat cmtu pulak kan? Memang mencabar bila anak buah tak faham dan tak nak faham setiap pandangan dan arahan kita. Kena pulak anak buah yang dah lama keja dr kita. dok rasa depa ja betul. Konon-konon bila kita tegur begini atau buat pembaharuan, dikatanya kita cuba nak mengajar. Makcik, salah ke pembaharuan kalau itu boleh melancarkan kerja kita?

Sesungguhnya ALLAH SWT menduga hambaNya. Aku bersyukur kerana masih ada sedikit kesempatan untuk'aku' dan 'mereka' berkompromi. Walaupun tidaklah mesra sangat macam di tempat kerja yang lama dulu, sekurang-kurangnya 'aku' dan 'mereka'...mungkin tak akan ada 'kami'...masih boleh bekerjasama. Apa yang aku minta, mereka berikan. Apa yang mereka minta, aku cuba sediakan. Walaupun mungkin 'mereka' takkan 'offer' pertolongan dengan sukarela, tetapi sekurang-kurangnya, mereka MEMBANTU. Bolehlah kan, dari tiada...

Jadi, aku menilai diri sendiri (InsyaALLAH)...sekiranya mereka boleh cuba bertolak ansur menerima teguran, pandangan dan adakalanya arahan, kenapa mesti aku menolak untuk menerima teguran, pandangan dan nasihat mereka?

Kalau dulu, prinsip aku; kalau tak betul tapi ikut je, itu MENGAMPU
sekarang aku cuba fikir ; menang tak semestinya betul, kalah tak semestinya salah. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengerti. Kebenaran dan kesalahan itu akan terbukti. Sehingga masa itu tiba, berusahalah untuk berkompromi pada tahap yang sepatutnya.

Larat ke nak pergi kerja dengan muka masam? Abaikan fikiran yang negatif. Datanglah ke pejabat dengan niat mencari rezeki yang halal dan berusaha untuk menjadi seorang pegawai/kakitangan yang mungkin tidak mampu membahagiakan orang lain tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan mereka. InsyaALLAH, satu hari nanti akan terdetik di hati mereka, kita bukanlah diktator yang mahu menjahanamkan dunia mereka. InsyaALLAH.






Friday, March 11, 2011

Butterfly OST - Melly Goeslow feat Andhika Pratama



a very beautiful song sang by a very talented singer...smooth n memorable...

54489-69-14A809603E344092901C660672C32C22