Monday, February 8, 2010

A.k.U dan Persekitaran...

Ku rasa Sedikit tertekan dan kecewa
Dunia...
Bagai memusuhiku
Apa ku mahu Tak siapa tahu (tahu)
Dan juga...
Rasa sedikit bosan dan keliru
Mana arah tujuku
Apa ku mahu kadangkala aku

Ku pun tak tahu


Namunku lantang
Terus menentang Siapa yang menghalang
Tak mungkin lagi ada yang berani
Mematah hati
Kini ku temui Teman sejati Ku tunggu-tunggu...
Oh !
Adalah aku...
rupanya aku...


Tiada sesiapa ku benar percaya

Semua punya motif berbeza

Apa diminda, tak siapa bisa jangka
Yang pasti kupagari diriku sendiri

Daripada ulangi
Bukan membenci... tapi hati-hati Ini realiti

ini adalah salah satu lagu yang memang banyak memberi kesan dalam hiudup aku selama ni...jalan ceritanya sama dengan apa yang aku lalui...aku bukanlah seorang yang mempunyai ramai sahabat, walaupun aku mempunyai ramai kenalan..(rasa-rasanya lah..hahhaha)...

*the best frenz ever i had...Watif, Ieda n Asma*

aku ni memang spesies yg peramah, dan mudah mesra (...ye la tu..('_')' hahhaha ) tapi dalam pada masa yang sama, aku ni jenis mulut hebiaq cket..tu bahasa orang Changloon la..huhuhu dalam bahasa melayu = mulut lepas..kalo englishnya outspoken a.k.a laser...memang level 7..
ya, aku agak susah mempercayai seseorang yang baru aku kenali...tetapi sekali aku memberi kepercayaan itu, aku akan betul2 percaya dengan si polan terbabit..hah, ayat skema takleh nak hengat...macam tu jugak kalau that polan break my trust..susah aku nak percaya dah...

*lagi kawan2 yang mewarnakan hidup aku dengan kaler2 yang pelbagai..Whosena, Syaz, Awien n Psoh*

biasala...orang melayu ni kan bersopan santun dan berbudi bahasa. kalau nak menegur atau bergurau, bahasanya berlapik-lapik & berkias-kias. tapi kalau aku, jangan harapla...aku memang cakap direct je..so memang ada yang tersentak, terhentak, terhantuk...dan segala macam perkataan yang bersekutu dengannya..

*nampak sangat aku jer yang over hikhik...*

* ada Juney, Chonney n Linda..*

aku konfem itu adalah faktor utama kenapa orang mudah salah faham dengan apa yang aku cakap. kadang2 kita cakap benda biasa ja, tetapi memandangkan kelantangan audio-volume aku ni mengalahkan mulut si Bedah, penjual jamu kat kampung aku, depa dah mentafsirkan bahasa tubuh aku ( bahasa tubuh ya, bukan tubuh saja..huhu) sebagai yang sebaliknya...oleh itu, aku lebih senang bersahaja..siapa yang sudi berkawan, aku ok je. siapa yang tak leh terima cara aku, aku pon ok je...yang penting, jgn cuba cari pasal menyibuk hal aku sebab aku pon tak suka nak amik tahu hal orang yang tak suka aku..boleh ayat piawai kongsi gelap ni???huhu

*aku ngan Shuhada..orang wat keje, kami mantain posing...huahuahua*

*bajet cun tak hengatttt!!!*

*ngan si Hawa...walaupun masa bersama singkat, ukhwah yang terjalin tetap di hati*

*dengan Nurul Azean a.k.a Puan Miezrul..my cloz fwen satu batch lantikan ke AG*

apa-apa pun, bagi aku, Allah S.W.T itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dan terbuku dalam segala tindak tanduk hambaNya yang sedia lemah dan kekurangan ni. aku sangat2 bersyukur kerana di'pinjam'kan beberapa orang sahabat buat berkongsi suka duka...sahabat yang bersama-samaku ketika duka, apatah lagi gembira...berkongsi segala kemanisan dan kepahitan ranjau hidup sehingga kini...sesungguhnya setiap yang menduga itu, ada hikmahnya.

*miss the moment we've created together...*

Aku percaya, sekiranya dunia menyisihkan aku sekalipun, Allah S.W.T tetap ada di sisi setiap hambaNya. Dia yang Maha Mendengar, Dia yang Maha Mengetahui akan sesuatu..Dia yang tidak pernah melupakan hambaNya walau sepicing...cuma kita, hambaNya yang selalu terleka..terlupa

No comments:

Post a Comment