Hari kedua di Kuching, aku mulakan dengan bersarapan di Restoran Ayamku, Menara Satok. entah kenapa, aku merasakan Menara Satok ini sebagai 'bangunan utama' yang menjadi paksi percutianku. kalau sesat, inilah bangunan yang aku cari dulu...tapi alhamdulillah, aku tak menghadapi terlalu banyak halangan sepanjang memandu di sana selain terlalu banyak jalan sehala dan pemanduan pengguna jalan raya yang amat 'berhati-hati'. hahhahaha...
Memandangkan aku mempunyai masalah dengan tahap 'keselesaan' kereta petama, aku wat keputusan tukaq kereta. malam tadik jugak aku surf internet cari car rental yang ada kat area Kuching. Aku hampir putus asa sehinggalah aku cuba dail nombor 1 inche ni...alhamdulillah, dia angkat. jam masa tu dh dekat tengah malam. hangpa bayangkan je la kol 1130 malam kat Sarawak...macam kol 2pagi kat kedah...lepas puas negotiate ngan inche tu, aku dapatla Myvi dengan harga RM80/hari....fuiyohh!!! Memang tak sangka aku ada bakat me'mujuk' *uwwekk*
dapat je kereta dalam 1130a.m, ingat nak singgah kat tourism waterfront. tapi memandangkan jalan sehala yang menyerabutkan fikiran, aku akhirnya nekad nak gamble je p Kampung Budaya@ Sarawak Cultural Village (SCV). Mujurlah rumah sewa sepupu aku tu dah menghala ke Santubong, so, takderla masalah sangat nak drive. lagi pulak, jalan ke SCV tu lurus saja. tak payah nak amek simpang kiri kanan..perjalanan mendamaikan dan taklah terlalu mencabar walaupun baru je lepas hujan.
Kami sampai dengan selamatnya dalam pukul 1200 lebey. Dengan bayaran RM60 untuk warganegara, dan RM 25 untuk rakyat Sarawak(sepupu aku, Ejot), kami meneroka keindahan SCV. memandangkan kami dah terlepas show pagi (1100a.m), kami decide tengok show petang (1600p.m). so, memandangkan kami masih punya banyak masa, kami pon taklah rush sangat kat satu-satu rumah. lagi plak tengahari di hari bekerja(weekdays) memang tak ramai sangat pengunjung. kalau pagi, mungkin ramai la...Memandangkan aku mempunyai masalah dengan tahap 'keselesaan' kereta petama, aku wat keputusan tukaq kereta. malam tadik jugak aku surf internet cari car rental yang ada kat area Kuching. Aku hampir putus asa sehinggalah aku cuba dail nombor 1 inche ni...alhamdulillah, dia angkat. jam masa tu dh dekat tengah malam. hangpa bayangkan je la kol 1130 malam kat Sarawak...macam kol 2pagi kat kedah...lepas puas negotiate ngan inche tu, aku dapatla Myvi dengan harga RM80/hari....fuiyohh!!! Memang tak sangka aku ada bakat me'mujuk' *uwwekk*
dapat je kereta dalam 1130a.m, ingat nak singgah kat tourism waterfront. tapi memandangkan jalan sehala yang menyerabutkan fikiran, aku akhirnya nekad nak gamble je p Kampung Budaya@ Sarawak Cultural Village (SCV). Mujurlah rumah sewa sepupu aku tu dah menghala ke Santubong, so, takderla masalah sangat nak drive. lagi pulak, jalan ke SCV tu lurus saja. tak payah nak amek simpang kiri kanan..perjalanan mendamaikan dan taklah terlalu mencabar walaupun baru je lepas hujan.
Balik dari SCV (dalam pukul 5 baru kami keluar), aku ngan Ejot kelam kabut park keta kat tepi Hotel Hilton yang bertentangan dengan Tune Hotels. terus jalan kaki ke Waterfront untuk naik bot ke seberang. Kami ingat perkhidmatan bot tu sampai pukul 7 malam je. rupa-rupanya bot tu servis sampai pukul 11malam dengan caj normal (50sen-70sen) dan selepas tu mungkin RM1-RM2. Fuhh! lega tak payah kelam kabut sangat. Masa bertanya servis bot tu kat seorang hamba Allah ni, aku terlepas loghat utara. skali pakcik tu gelak. rupa-rupanya dia pon pernah dok Kedah jugak. aku rasa hepi jumpa orang yang pernah dok negeri aku ni...
Ejot bawak aku pergi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang memang superb tu..tapi aku tak borong sangat sebab dok fikir nak jimatkan ruang luggage time nak balik. takut pisang berbuah dua kali. kat sini jugak aku terjumpa group bebudak student. salah sorang tu tegur aku. mungkin sebab dengar gaya cakap aku yang memang lari tune dari rakyat tempatan..haha sekali lagi, minah tu orang Alor Setar je...tapi tak dan sembang panjang koz depa pon kelam kabut nak balik.
Aku ngan Ejot sempat menikmati makan malam kat medan selera sebelum balik. aku amik Nasi Ayam Penyet @ RM 7/pinggan. Memang kenyang sampai aku tak mampu nak habiskan. selesai makan, dalam pukul 9, kami amik bot lagi dan terus balik ke hotel. malam tu lepak dalam merancang perjalanan esok sambil aku teman Ejot chatting....