Sunday, January 23, 2011

Friday, January 14, 2011

Perginya Tak Kembali

Assalamualaikum WBT

*sepotong nama yang ringkas tetapi memberi makna yang besar kepada kami*

14.01.2011- pukul 6.43pg, henpon aku dh berbunyik mintak dijawab.
nombor baru, aku xkenal. tp memikirkan ke'urgent'an nya, aku angkat. makcik aku di Sarawak kol. Mintak panggilkan mak. Aku pangggil mak

Masa telefon bertukar tangan, hati aku berdetik. Aku mohon pada ALLAH supaya itu bukan khabar tentang datuk aku ( kat Sarawak, kami panggil datuk n nenek dgn panggilan NENEK - nenek laki n nenek pompuan). Aku tau datuk dah lama xsihat. dah 2tahun lebih.


* dia yang kami kasihi, tempat berpayung panas dan hujan, suka dan duka*

tapi mungkin sudah janjiNya...aku dengar sayup-sayup di hujung talian makcik aku bagitahu mak yang datuk dah takde.

tak sampai seminit pun, aku dengar suara mak dah lain. aku yang tengah mamai ni masih atas katil. aku dengar mak bagitahu kat ayah. ayah memang terkejut. Innalillahiwainnaillahirojiun...


*kenangan abadi dalam hati, kasih sayang takkan terhenti*

Aku rasa saat ni, aku nak hantar mak aku terus ke Kg Hunai, Bekenu tu. Kalau aku ada sayap, atau pesawat sndiri, aku gagahkan jugak terbang ke sana...Ayah kata, baguslah datuk meninggal hari ni. Hari Jumaat. Betul2 masa subuh (kalau ikut jam Sarawak). Mak pun dah selesai semayang subuh masa depa telepon tu.


*tiada lagi senyuman, suara, bicara dan gelak tawanya...T_T*

Aku sedih sebab mak pun sedih. aku tahu macammana rapatnya mak ngan datuk melalui cerita-cerita yang mak kongsikan kpd kami adik beradik. malah mak lebih rapat ngan datuk berbanding nenek. aku sendiri dapat merasakan kasih sayang mereka melalui cerita mak.

aku terkilan sbb mak tak dapat jumpa datuk utk kali terakhir sebelum disemadikan. Aku tahu, mak lagi la terkilan tapi mak kata, nak buat macam mana? kita ni jauh di semenanjung. kalau ambik flight pon, memang xdan nak tgk jenazah.


Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada ALLAH SWT sebab memberi kesempatan kpd aku dan ahli keluarga yang lain utk pulang berjumpa dengan datuk dan keluarga di Kg Hunai Bekenu semasa hayatnya masih ada. kalau aku tak kerja dengan _ _ _ , memang xmampu rasanya nak bawak 1 famili balik. maklumla, duduk jauh. Nak balik pun kena naik flight.

Aku mendoakan agar roh datuk, Allahyarham Daud Berbinkan ibunya, dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin. Alfatihah.

Thursday, January 13, 2011

singgah sebentar di Kuala Pilah...

Sebelum ke Melaka, kami singgah bermalam di rumah seorang sahabat ayah masa berkhidmat sbg askar dulu...kiranya mcm kawan lama keluarga la ni...rumah dia kat Kuala Pilah...so, utk n3 kali ni aku saja nak layan deko rumah dia yang sangat 'serabut' bg aku yg simple mimple ni...hehehe...cantik sebenarnya...tapi agak sarat...


*saja nak snap gambaq kerepek buah tangan dr kami yg dibeli di kedai Ah Chen kat Kolo Pilah aie*


*lavender...buat aku teringat kat somebody...*


*Makcik ni memang Vantage Maniac (betulke tu?? vantage ke vintage? lantakla, ada aku kesah? hahaha)*




*memang minat sangat kat gaya inggeris sampai perabot jati ni pon dia sanggup cat putih...sayang gile kot?*


*sisi kreatif makcik ni...ngan seterika lama pon dia cat putih...salute la ngan makcik ni!*


* kreatif dan P U T I H lagi!!!*



memang menarik gaya dan kreativiti makcik ni...memang aku salute la.tp bg aku n family yg memang simple mimple ni, itu agak serabut...tp sukaati dia la...itu umah dia. aku pon sampai naik takut nak duduk kat umah dia...maklomla, aku ni kan agak ganas...hahhaha pape pon, aku ucapkan setinggi2 ucapan yg aku boleh ucap kpd kawan ayah aku ni...beria dia suruh ayah aku singgah...layanan pun baik sangat. terhutang budi sungguh rasanya...

Wednesday, January 12, 2011

merentas MaLaYa

Assalamualaikum, kawan2...


25hb Dis 2010 hr tu, aku ngan gerombolan 'bala tenteraku' me'rela'kan diri, membakaq bont*T, mengharungi perjalanan yg sangat panjang (...setakat 24 tahun ni la...). Perjalanan merentasi negeri2 utara, tengah hingga hampir ke Selatan...bertolak dr rumah pukol 10pg...sampai ke destinasi pertama dlm pukol 9malam...perghhhhh....



*bila boring, aku saja syok amik gambaq2 ni...jangan lupa mandi ya!!!*


*semangat cam balik kampung ja...*


*kapten kapal...(sebelum menyerahkan kemudi kepada brader di sebelah..huhu)*


*aku dh xlarat nengok menda alah ni sepanjang melalui lebuhraya di negeri perak...mangaihhhh...panjangnya negeri perak ni ya??? hihihi...tetapi ni la benda yg paling aku sayang..(sebab nak tgk jumlah rega tol tu...huhu)*



saujana mata memandang...nikmat kurniaan ALLAH Yang Maha ESA...




perak lagi??? aduii...tp aku suka Perak...banyak utk diterokai...^_*



menyusuri Jambatan Sultan Azlan Syah...memang mendamaikan...



terowong yg sangat popular dlm keluarga aku...sejak hantaq kak aku p interview n dftar kat uitm sri iskandar....adik aku peminat no 1 teyoyong ni...



rintik hujan basah lagi....sejuknya ciptaan ALLAH...


kereta yang paling hebat...4x masuk uitm...Seri Iskandar>> Merbok>>Shah Alam>>Lendu
..paling banyak berjasa utk keluarga aku..(sila abaikan kereta Mr Gangga di sebelah itu)...aku sayang KAT 7474...mmmmuahhhhhh!!!!


kami sampai ke rumah mmber ayah aku di Kuala Pilah...Umangaihhhh, nnt aku citer pasal ni kat n3 lain kay...

Hari Pertama Menjelajah Melaka...



pertama skali: cari peta kat Melaka Sentral...(huh, xguna pon peta tu...rugi rm5)




last2 sempat datang cni ja sbb hari tu bandar Melaka memang sesak tahap org nak wat rusuhan pon ye...maklumla, tumpuan sejarah, sudah pasti...ada Hari Terbuka Krismas plak tu...xpa2 nnt aku akan pergi lagi ke bumi Hang Tuah ni...(yg pasti, xnak p ari cuti-motif? aku xsuka sesak2 sangat...pening)








*menu dr kedai yg paling hampeh servisnya! rega makanan mengalahkan hotel...huh xmau makan dah kat cni!

Saturday, January 1, 2011

01.01.11 ~New Year Has Come~

Assalamuailaikum, Tahun Baru 2011

nothing to do....

except....for work...woRk...n....Work...

Preparing Financial Report for Last Quarter Of 2010...

last report for 2010

but....

first report of Mine


hopefully everything would b better n excellent ....


^_^