Tuesday, May 25, 2010

K.A.R.M.A

Hidup dalam dunia ni ada timbal baliknya. cuma masa sahaja yang menentukan bila semuanya akan tiba.

aku percaya pada hukum karma. setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya. setiap apa yang kita lakukan, pasti ada balasannya.

benih yang baik, pokoknya juga baik. hasilnya juga berkat.

benih yang buruk, pokoknya juga harus tidak sempurna. malahan rugi pulak adanya...

dunia kini makin menghampiri penghujungnya...ramai yang kata, setiap perbuatan, balasannya "tunai, secepat mungkin"...tak perlu tunggu lagi tiupan sangkakala Israfil

hari ni, kita sakitkan hati orang
esok2, hati kita 10 kali ganda lagi sakit

hari ni, kita marahkan nasihat/teguran yang berhak
esok2, kita pulak yang kena hentam lagi teruk

salahkah kalau kita menegakkan hak kita?

kadang2 kita sendiri lupa...
siapa kita?
di mana atur duduknya kita ni?

10 kebaikan yang orang bagi, berapa banyak yang kita balas dengan baik?
10 ingatan orang tentang kita, berapa kerat ingatan kita pada mereka?

betullah kata pepatah " panas setahun, musnah oleh hujan setengah hari"

budi baik dan jasa orang yang bergunung tinggi, musnah dengan kemarahan(atau aku patut kata 'kebodohan' or ke'tolol'an?) kita yang nyata jahil tahap dewa!

tua tak semestinya betul...
amarah tak semestinya betul jugak...

yang paling penting, sedar diri bila nak buat sesuatu
dan timbang2 la segala budi baik orang kat kita sebelum kita menjatuhkan hukum

aku mohon ALLAH bukakan segala pintu bahagia, kecilkan pintu derita...
kerana sesungguhnya, kehilangan kerana kesilapan/kebodohan itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan...

dan karma? ya, benda itu pernah berlaku di depan mata...di bayaq cash tanpa penjamin!!!!



Friday, May 7, 2010

kehilangan BUPOK...T_T

6 mei 2010....pertama kali balik keja kol 3.30 ptg n boss takkan marah...tapi aku rasa sangat sedih bila mak antar mesej '...kucing kita, Bupok dijumpai mati..,' hilang rasa penatku...ganti ngan rasa sedih yang teramat....

Bupok, kucing kesayangan aku selain BUTOT...Walaupon sebelum ni keluarga aku memang bela kucing, tapi aku sendiri tak pernah jaga kucing macam mana aku jaga BUPOK dan BUTOT. aku belikan chocker, belikan whiskes, kalau sakit aku yang pertama offer diri nak ke klinik haiwan...tak pernah aku berhabis sampai macam ni kat kucing-kucing sebelum ni...

sebab utama aku sangat2 menjaga dua ekor gebuuz ni ialah, ibu depa mati masa depa kecik lagi. masa dok tengah menyusu lagi...nak membesarkan depa sampai besaq gebuuz mcm la ni, bagi aku sangat kritikal la...aku bagi nama BUPOK sebab dia kelaBU+tomPOK...yang satu lagi BUTOT sebab dia kelaBU+ekor konTOT.

memandangkan ibu depa mati sejak depa kecik, depa ni memang tak tahu sangat survival sebagai seekor kucing bila di luar. bayangkan, kalau tangkap lipas pon, susah gila lipas tu nak mati. depa macam usik-usik manja ja. aku boleh kata dua2 ekoq ni memang bukan spesies ganas la...manja n pandai bergurau. kami sekeluarga sangat terhibur ngan gelagat dua ekoq makhluk Allah yang dipinjamkan kepada kami ni.

tapi, dah nama pun dipinjamkan...tiba masanya, Allah nak ambil balik. BUPOK n BUTOT keluar malam 4 mei 2010, lepas ayah aku balik dr tengok bola KEDAH vs TGANU. ayah aku panggil masuk, dia xmau masuk. So, ayah aku biarkan je depa kat luaq. lagipon memang depa dh biasa. pagi esok, masuklah tu...

esoknya, hanya butot ja yang masuk. mak aku panggil2 jugak si bupok, tapi xmenyahut pon. mak aku assume dia g 'mengorat' kucing betina mana2 la tu...sampai ke petang dia tak balik. aku balik keje, aku bau cam taik kucing je dalam rumah. bau lagi kuat kat ruang tamu n area bilik aku. aku cari2 lansung tak jumpa. last-last, bau tu hilang sendiri.

malam tu, mak bagitau aku bupok tak balik umah. aku pon tak senang duduk. dalam hati mintak bupok tu selamat, biarlah kat mana pon dia saat tu. janganla xcident...tak sanggup aku nak tengok. T_T

pagi 6 mei 2010, masa on the way g keje, aku tengok2 jugak kat tepi jalan kalau da bangkai kucing. nasib baik takde. so aku doa lagi biar Bupok selamat walaupon dia tak balik umah.

tapi bila dapat mesej mak, aku jadi sangat sedih. rupanya bupok mati kat tepi umah aku. bawah zink. betul2 tepi ruang tamu n bilik aku...patotla, bau tu tanda dia...

kesian aku tengok butot. lagi kesian bila dengar mak citer, dia pangil2 bupok kat setiap bilik umah kami. bupok la tempat dia bermanja. bupokla yang selalu mengalah dengan butot...

....aku berhenti menaip sebab terlalu sedih ngan kehilangan bupok....

Wednesday, May 5, 2010

Sesi Rehat & Riadah Warga JANM Negeri Kedah Part 2

hari kedua sesi RnR di JANM...

suasana macam semalam, tapi takla se'excited' smalam...mungkin dh start rasa aura bertanding... tapi tang riuh, still riuh ..^_^

yang pasti, usik-mengusik antara ahli setiap rumah, samada yang bertanding atau tak, memang menggamatkan suasana...yang tua, yang muda sama gembira...lupa pangkat, yang penting hepi...

debaran sudah pastinya menyentak2 ketenangan peserta (ha ha...jgn lupa amik Gaviscon untuk pedih ulu hati)

apa-apa pon, korang layan ja gambaq2 hari kedua ni kays....



* wanie dok baca mantera pa tu??? *

* semua dah tak sabar nak tunggu game start *


* Cik Noor tengah ayat apa tu? Cik Arshad siap garu kepala lagi...pk plan pa la tu? *

* Pengarah masih tak datang....*

* Pn Nazha dh sembunyi kerusi Pengarah sebab lambat datang...sabotaj...he3 *

* bila Pengarah sudah mengambil kerusinya... *

Monday, May 3, 2010

Sesi Rehat & Riadah Warga JANM Negeri Kedah part1

Siren sudah berbunyi!!!

bermula 3 Mei 2010 sehingga 5 Mei 2010, warga JANM Negeri Kedah secara rasminya bergegak gempita dengan sorakan dan sokongan buat ahli rumah sukan masing2...hahaha

kalau dulu ada rumah kuning, hijau, merah dan biru...kini semuanya sudah berganti warna dengan ungu( teringat teletubbies je bila aku pk..^_^), oren( huh, my feveret colour but y that's not my team???), hijau( huh, banyak psyco kat cni...hakhakahk) n for sure, umah boss; hitam+merah (suka-suka hati ja amik 2 kaler...hahahhaha)

Sesi Rehat & Riadah bermula dengan perlawanan carom antara rumah. Kecoh. Bingit. Gegak Gempita. Namun yang pasti, suasana sebeginilah yang mengeratkan silaturahim antara setiap pegawai. Moga aku terus diberi kesempatan menikmati segala yang telah dirancangkan. Amin.

walaupon baru hari ni game session start, tapi sebenarnya dah dekat 2 minggu warga JANM Kedah bergegar dengan sesi latihan. haha...semuanya semangat nak ber'enjoy-enjoy'an...ingat senang ke nak lepak suka-suka hati sebelum ni???? lagi pulak kami ni terdiri dari 5 unit yang sangat besar jumlah ahlinya...lebih dari 100 org warga JANM Kedah berkumpul...berseronok

hati memang tengah sedih n tension dengan apa yang jadi, tapi hari ni dah kurang cket rasanya...hihihi

disini, aku sertakan beberapa gambar yang sempat aku 'snap' sepanjang keriuhan Sesi Rehat & Riadah kami kali ini....

*Nurul yg jd duta Darlie tanpa sebarang bayaran...*


* calon pom pom gurl AG *


* bila sesi menggegarkan opis bermula...*


* tarian banghra pun hentam skali *



* semangat tol boss aku tu...mcm statue of liberty pon ada...*

* tersipu-sipu pulak CC Din ngan K.Yati ngan kerenah K.meen huhu *


Sunday, May 2, 2010

hatiku luka lagi...

aku tengah serabut n sedih... (T_T)


kenapa saat aku nak meraikan 'kehadiran' hari-hari bererti sepanjang bulan Mei ini, aku di duga macam ni?

sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan walaupon itu hakikat kehidupan di dunia yang fana ini?

kenapa 'benda alah' ni jadik kat aku? (...sume orang suke bertanya soklan ni bila sesuatu terjadi)

kenapa aku slalu tersepit ngan keputusan orang lain? (lagi soklan bangang tahap tenuk..)

adakah aku hidup untuk TERkorban atas kebodohan orang lain? (kalau boleh, sekarang jugak aku nak sepak orang tu...waachhhaaa!!!)

sekarang ni, aku mohon ALLAH S.W.T tunjukkan aku jalan terbaik...berikan aku hati dan fikiran yang tenang ...redhakan aku dengan segala keputusan

...sebab aku percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya...cuma cepat @ lambat ja...

** rasa nak nangis ja...T_T

Saturday, May 1, 2010

sELAmat Hari Pekerja....^_^

1 Mei 2010...hARI pekerja yang ke-3 aku sambut secara rasmi..

sesungguhnya hari pekerja sangatlah istimewa pada aku sebab itu tandanya aku dh bekerja..huhuhu apa nak ceritA ya??? okla, aku nak share 1st time aku bergelar pekerja...

sebenarnya aku ber'kecimpung' dlm dunia kerjaya ni secara tak sengaja. boleh ke macam tu? hahaha...tapi betul, itulah yang terjadi kat aku...

aku datang ke Shah Alam sebenarnya untuk menyambung pengajian aku...tapi ntah knape, aku memang xboleh nak terima environment kat Shah Alam( itu pandangan peribadi, bukan aku memperlekeh bandaraya tu ya). mungkin aku ni jenis yang suka benda yang teratur dan damai...tapi kat sana, serba serbi nampak sibuk dan penuh dengan kesesakan...tambah plak aku sebenarnya tak bersedia dr segi physical n mental utk idop kat sana...

ntah cmne, ada sorang roomate aku ni, dia pon tension gak dok ctu...selepas berfikir panjang tapi xla masak sangat...aku decide nak cuti study jap, dia decide nak berenti terus...fuhh...tapi dia siap offer aku keje kat satu publishing company utk group account...alhamdulillah, 21 Januari 2008, aku join company tu...niat aku nak cari pengalaman di samping duit poket sementara aku tengah cuti study n yuran konvo aku bulan 5 nnt...okeyla, gaji basic RM900.00. plus OT, dapatla dlm RM1000+-

elok ja 2 bulan aku keje, aku rasa kerinduan kat kg lagi mencengkam...hahhahaha...memang fail la aku jadi anak rantau...aku submit resignation letter kat boss..nasib baik dia xbanyak cengkadak...petang hari last tu, aku dapat call dari 1 company kat area rumah aku, mintak datang interview..fuhh, mcm tau2 ja aku nak balik...tapi aku pon heran cmne dia leh kol aku sedangkan aku xpernah hantar permohonan kat mana2 company...tp xpe, mgkin ni rezeki Allah nak bagi kan?

tapi rezeki aku takde la kat company tu...so dlm bulan Mac 2008 tu, aku memang fully utilized masa aku ngan sesi membina badan..huhu last2 aku keje je kat pasaraya area umah aku tu. jadik promoter. basic aku RM650.00. murah cket dari gaji dulu tapi kira ok la sebab dekat ngan rumah. tu belum campur OT, komisen ngan extra payment kalo keje time public holiday bolehla dekat2 RM1000...kira okla untuk duit poket aku. yelah nak kena cari yuran konvo, yuran semester baru...huihhhh... (-_-)'

baru sebulan aku keje, aku dapat panggilan temuduga kat Agensi Anti Dadah Kebangsaan. mati-mati aku tak nak mula-mula tu. Puas la mak ayah aku pujuk. Lastly, aku p jugak. buat sebaik mungkin bila pk ayah sanggup hantar n teman aku p interview. aku takla menaruh harapan sangat sebab aku tau susah nak dapat keje ngan gomen tapi Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku. 14 Ogos 2008 aku lapor diri sebagai Pembantu Anti Dadah di AADK Negeri Kedah.

cmne study aku?

huh, polisi uni aku tu berubah-ubah ikot suka hati depa ja...so aku putuskan, aku berenti ja study...aku ingat nak apply intake bulan 11 tapi tawaran keje gomen datang dulu...tertangguh lagi...

baru sebulan enjoy ngan keje kat AADK, aku dapat 1 lagi offer interview. keje gomen jgk. kali ni mmg keje aliran pengajian aku. skali lagi aku dilema. ikotkan hati aku sayang keje ngan AADK tapi yang ni memang bidang aku...bukan senang nak keje bidang sendiri sekarang ni kan? aku try je pergi interview tu...Alhamdulillah, interview berjalan ngan cukup baik walaupon mood aku dh nk berubah jadi hulk sebab menunggu dekat 5 jam...sabar2

ntah knapa, aku cam 85% confident utk dapat job ni...Alhamdulillah, Allah murahkan lagi rezeki untuk aku. 15 Disember 2008, aku lapor diri di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. sampai sekarang aku masih di sini...syukur..(^_^)

sesungguhnya, aku tak pernah menduga sesi mencari kerja aku dipermudahkan dengan begitu indah sekali...dari niat mencari duit poket, aku betul2 melangkah ke dunia kerjaya..Ya, Allah...terima kasih atas segala nikmat dan kurnia-Mu..moga segala rezeki dan kesempatan diberkati dan dirahmati..aminn

p/s: pada yang sedang mencari kerja, aku doakan ampa supaya berjaya mencari kerja k...jangan memilih sangat kerja...yang penting dapatkan kerja yang boleh membantu kita 'bernafas' setiap bulan...yang paling penting, keja yang halal...mungkin keja yang senang dapat tu xglemer sangat,gaji cket..but who cares??? glemer tu xmengenyangkan perut, xmensettlekan bil api air...

trust me, communication skill n proper personality is the very2 important assets during interviewing session...