Tuesday, May 25, 2010

K.A.R.M.A

Hidup dalam dunia ni ada timbal baliknya. cuma masa sahaja yang menentukan bila semuanya akan tiba.

aku percaya pada hukum karma. setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya. setiap apa yang kita lakukan, pasti ada balasannya.

benih yang baik, pokoknya juga baik. hasilnya juga berkat.

benih yang buruk, pokoknya juga harus tidak sempurna. malahan rugi pulak adanya...

dunia kini makin menghampiri penghujungnya...ramai yang kata, setiap perbuatan, balasannya "tunai, secepat mungkin"...tak perlu tunggu lagi tiupan sangkakala Israfil

hari ni, kita sakitkan hati orang
esok2, hati kita 10 kali ganda lagi sakit

hari ni, kita marahkan nasihat/teguran yang berhak
esok2, kita pulak yang kena hentam lagi teruk

salahkah kalau kita menegakkan hak kita?

kadang2 kita sendiri lupa...
siapa kita?
di mana atur duduknya kita ni?

10 kebaikan yang orang bagi, berapa banyak yang kita balas dengan baik?
10 ingatan orang tentang kita, berapa kerat ingatan kita pada mereka?

betullah kata pepatah " panas setahun, musnah oleh hujan setengah hari"

budi baik dan jasa orang yang bergunung tinggi, musnah dengan kemarahan(atau aku patut kata 'kebodohan' or ke'tolol'an?) kita yang nyata jahil tahap dewa!

tua tak semestinya betul...
amarah tak semestinya betul jugak...

yang paling penting, sedar diri bila nak buat sesuatu
dan timbang2 la segala budi baik orang kat kita sebelum kita menjatuhkan hukum

aku mohon ALLAH bukakan segala pintu bahagia, kecilkan pintu derita...
kerana sesungguhnya, kehilangan kerana kesilapan/kebodohan itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan...

dan karma? ya, benda itu pernah berlaku di depan mata...di bayaq cash tanpa penjamin!!!!



No comments:

Post a Comment