Friday, June 17, 2011

Aku & Lagu

Assalamualaikum wbt

Malam2 cmni, melayan lagu-lagu nostalgia seperti Suratan atau Kebetulan, Hitam Putih Kehidupan dan Epilog Cinta dari Bromley membawa ingatanku kepada seseorang. Sebenarnya aku layan lagu ni sebab nak layan perasaan melewati kerenah kehidupan yg sedang ku lalui tatkala ini. Tapi ntah mcm mana plak bley teringat kat seseorang.

Suratan atau Kebetulan

Lagu yang sangat cantik melodinya. Kata-katanya juga cantik. Pernah juga aku terfikir, apalah reaksinya kalau bertemu seseorang yang telah lama xbertemu, then kita bertemu semula dalam satu suasana yang tak terduga? macam menarik kan? kena pulak yang kita jumpa tu adalah dia yang pernah mencuit rasa hati kita, kan? Dan2 plak dia tu solo, kita pun solo...alahai, indahnya dunia kalau bahagia tu bertemu...tapi kalau masing2 dah berpunya, maknanya cerita lama tu, sila simpan dalam peti harta karun, ya...hanyutkan jauh2 ke Lautan Hindi...

Hitam Putih Kehidupan

Lagu ni macam memberi semangat. Buat kita berfikir yang apa-apapun yang akan terjadi di masa hadapan, kitalah yang mencorakkannya dengan izin ALLAH SWT. sesungguhnya semua orang ada peluang untuk berjaya atau gagal. Jatuh bangun kita dalam hidup ni bergantung pada usaha kita melalui ujian ALLAH yang bergelar kehidupan. Mana ada kejayaan datang bergolek? Tapi tentu saja ada kegagalan kalau kita biarkan peluang keemasan berlalu begitu saja. Sesungguhnya hidup itu terlalu singkat untuk dipersiakan.

Epilog Cinta Dari Bromley

Awal-awal lagu lagi aku bagai terlena dengan gesekan violin (..betul ke violin..ke violin cina tu?sorila kalau tersilap ya). Lagu ni memang menggetar sukma dengan suara gemersik dan merdu Suhaimi Meor Hassan. Lagu ni menceritakan penolakan cinta, tetapi secara sopan dan terhormat. Lagu cinta yang tak kesampaian. Kasih tumpah pada si dia yang xmampu nak menerimanya. Sungguh, sedih bila cinta tak bertemu bahagia dengan orang yang kita cintai. Bukan mudah membuang harapan dan rasa kasih tak berbalas. Silap-silap, kita pun dah tak mampu nak buka pintu hati pada insan lain mengenangkan kasih yang begitu tebal kepada si dia. Dan kita akhirnya membawa lara sendirian biarpun senyuman dan gelak tawa tu menemani kehidupan seharian namun hakikatnya, jiwa kita rasa kosong tapi tak tau macam mana nak di isi dengan kasih insan bergelar 'ehem-ehem'...(adeh, mood jiwang la plak..hihihi)

Apa-apa pun, sebenarnya, lagu hanya untuk melayan perasaan tapi jangan keterlaluan sehingga mengabaikan tuntutan hidup kita seharian. Aku suka mendendangkan atau melayani lagu yang menggambarkan perasaan dan pemikiran aku kala itu. Tapi ada jugak sesetengah lagu tu memang aku minat sampai bila-bila masa pun aku dengar. Selalunya aku boleh minat sesuatu lagu tu sebab liriknya. melodi jatuh nombor dua. Adakala aku suka melodinya, tapi bila liriknya xkena dengan jiwa, aku takat boleh dengar cmtu je la...pape pon, lagu tu, lagu jugak. Jangan sampai melekakan, ya? (^_^)

InsyaALLAH...


No comments:

Post a Comment